Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا بلالُ الْقَ اللهَ فقيرًا ولا تَلْقَهُ وفي طريقٍ : مُتْ فقيرًا ولا تَمُتْ غنيًّا . قال : قلتُ : وكيفَ لي بذلكَ يا رسولَ اللهِ ؟ قال : إذا رُزقتَ فلا تَخْبَأْ وإذا سُئلتَ فلا تمنعْ. قال : قلتُ: وكيفَ لي بذاكَ يا رسولَ اللهِ ؟ قال : هو ذاكَ وإلا فالنارُ
Teks Bahasa Melayu
Wahai Bilal, bertemulah Allah dalam keadaan miskin, jangan bertemu-Nya dalam keadaan kaya raya. Dalam riwayat lain menyebut : Matilah dalam keadaan miskin dan jangan meninggal dunia dalam keadaan kaya. Kemudian Bilal bertanya: Bagaimana aku boleh menjadi begitu wahai Rasulullah? Baginda SAW menjawab: Apabila engkau diberikan rezeki, jangan sembunyikan. Apabila engkau diminta, jangan kedekut. Kemudian Bilal berkata: Bagaimana aku boleh menjadi begitu wahai Rasulullah? Baginda SAW menjawab: Begitulah yang perlu kamu lakukan, jika tidak, neraka kesudahannya.
Sahabat Perawi
- Bilal bin Rabah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 901, hadis no. 4615. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن بلال رضي الله عنه قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا بلال الق الله فقيرا ولا تلقه وفي طريق: مت فقيرا ولا تمت غنيا. قال: قلت: وكيف لي بذلك يا رسول الله؟ قال: إذا رزقت، فلا تخبأ وإذا سئلت فلا تمنع. قال: قلت: وكيف لي بذلك يا رسول الله؟ قال: هو ذاك وإلا فالنار. [ك, ابن السني في القناعة, ابن عساكر, الضعيفة (6742)]
(Lemah) Daripada Bilal RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Wahai Bilal, bertemulah Allah dalam keadaan miskin, jangan bertemu-Nya dalam keadaan kaya raya. Dalam riwayat lain menyebut : Matilah dalam keadaan miskin dan jangan meninggal dunia dalam keadaan kaya. Kemudian Bilal bertanya: Bagaimana aku boleh menjadi begitu wahai Rasulullah? Baginda SAW menjawab: Apabila engkau diberikan rezeki, jangan sembunyikan. Apabila engkau diminta, jangan kedekut. Kemudian Bilal berkata: Bagaimana aku boleh menjadi begitu wahai Rasulullah? Baginda SAW menjawab: Begitulah yang perlu kamu lakukan, jika tidak, neraka kesudahannya. [Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak, Ibn Al-Sunni di dalam Al-Qanaah, Ibn ‘Asakir, Al-Dha’ifah, no: 6742].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman