Wahai beruntungnya untuk kamu daripada al-Siddiq (Abu bakar) di antara teman rapat dan kekasih

TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم القيامة نصب لإبراهيم منبر أمام العرش، ونصب لي منبر أمام العرش، ونصب لأبي بكر كرسي فيجلس عليه، وينادي مناد: يا لك من صديق بين خليل وحبيب!

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila tiba hari kiamat, akan disediakan satu mimbar bagi Nabi Ibrahim di hadapan ‘Arasy , disediakan juga mimbar untukku di hadapan ‘Arasy, kemudian disediakan untuk Abu Bakar satu kerusi lalu beliau duduk di atasnya, diseru oleh penyeru: Wahai beruntungnya untuk kamu daripada al-Siddiq (Abu bakar) di antara teman rapat dan kekasih.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1363, hadis nombor 6950. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن معاذ رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا كان يوم القيامة نصب لإبراهيم منبر أمام العرش، ونصب لي منبر أمام العرش، ونصب لأبي بكر كرسي فيجلس عليه، وينادي مناد: يا لك من صديق بين خليل وحبيب!
[خط، ((الضعيفة)) (5519)]

(Palsu)
Daripada Mu’az RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apabila tiba hari kiamat, akan disediakan satu mimbar bagi Nabi Ibrahim di hadapan ‘Arasy , disediakan juga mimbar untukku di hadapan ‘Arasy, kemudian disediakan untuk Abu Bakar satu kerusi lalu beliau duduk di atasnya, diseru oleh penyeru: Wahai beruntungnya untuk kamu daripada al-Siddiq (Abu bakar) di antara teman rapat dan kekasih.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5519]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs