Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Bashir! Tidakkah kamu sepatutnya memuji Allah yang telah mengambil ubun-ubunmu

Teks Bahasa Arab

يَا بَشِيرُ أَلا تَحْمَدُ اللهَ الَّذِي أَخَذَ بناصِيَتِكَ مِنْ بَيْنِ رَبِيعَةَ؛ قَوْمٌ يَرَوْنَ لَوْلاهُمُ انْكَفَتِ الأَرْضُ بِمَنْ عَلَيْهَا؟

Teks Bahasa Melayu

Wahai Bashir! Tidakkah kamu sepatutnya memuji Allah yang telah mengambil ubun-ubunmu (memisahkanmu) daripada kalangan puak Rabi’ah, satu kaum yang merasakan tanpa diri mereka, bumi akan musnah bersama orang-orang yang berada di atasnya?

Sahabat Perawi

  1. Basyir Bin al-Khasasiyyah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1941, hadis no. 9731. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن بشير ابن الخصاصية رضي الله عنه قال: أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَلَحِقْتُهُ بِالْبَقِيعِ، فَسَمِعْتُهُ يَقُولُ: السَّلامُ عَلَى أَهْلِ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَانْقَطَعَ شِسْعِي، فَقَالَ لِي: أَنْعِشْ قَدَمَكَ. قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ! طَالَتْ عُزُوبَتِي، ونَأَيْتُ عَنْ دَارِ قَوْمِي! قَالَ: يَا بَشِيرُ أَلا تَحْمَدُ اللهَ الَّذِي أَخَذَ بناصِيَتِكَ مِنْ بَيْنِ رَبِيعَةَ؛ قَوْمٌ يَرَوْنَ لَوْلاهُمُ انْكَفَتِ الأَرْضُ بِمَنْ عَلَيْهَا؟ [تخ، طب، طس، ابن عساكر، أبو نعيم في ط المعرفة، ((الضعيفة)) (6180)]

(Munkar) Daripada Bashir Ibn al-Khasasiyyah RA, beliau berkata: Aku datang kepada Nabi SAW dan aku mendapatinya di perkuburan Baqi’ lalu aku mendengarnya berkata: Assalamualaikum wahai penduduk kubur daripada kalangan orang yang beriman. Lalu tali selipar aku pun putus, lalu Baginda berkata kepadaku: Segarkanlah tapak kakimu. Aku berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah lama hidup bujang, dan aku terpisah daripada rumah kaumku! Baginda berkata: Wahai Bashir! Tidakkah kamu sepatutnya memuji Allah yang telah mengambil ubun-ubunmu (memisahkanmu) daripada kalangan puak Rabi’ah, satu kaum yang merasakan tanpa diri mereka, bumi akan musnah bersama orang-orang yang berada di atasnya? [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh, al-Tabrani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan al-Awsat, Ibn Asakir serta Abu Nuaim dalam al-Ma'rifah. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6035]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.