Terdapat perawi pemalsu hadis pada sanadnya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ا بَرِيرَةُ اكْنُسِي الْمَسْجِدَ يَوْمَ الْخَمِيسِ فَإِنَّهُ مَنْ أَخْرَجَ مِنَ الْمَسْجِدِ يَوْمَ الْخَمِيسِ أَذًى بِقَدْرِ مَا يُقْذِي الْعَيْنَ كَانَ كَعَدْلِ رَقَبَة يعتقها.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Barirah, hiaslah masjid pada hari khamis. Sesungguhnya sesiapa yang mengeluarkan kotoran yang menyakitkan mata daripada masjid pada hari khamis, ia menyamai pahala hamba yang dibebaskan.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Terdapat perawi pemalsu hadis pada sanadnya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 37. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
فيه الحسين بن علوان يضع.
Dalam sanad hadith ini terdapat al-Husain Bin ‘Ulwan. Beliau merupakan individu yang memalsukan hadith.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman