Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Barirah! Bersihkanlah masjid pada hari Khamis

Teks Bahasa Arab

حديث: "يَا بَرِيرَةُ! اكْنُسِي الْمَسْجِدَ يَوْمَ الْخَمِيسِ فَإِنَّ مَنْ أَخْرَجَ مِنَ الْمَسْجِدِ يَوْمَ الْخَمِيسِ أَذًى بِقَدْرِ مَا يُقْذِي الْعَيْنَ كَانَ كَعَدْلِ رَقَبَةٍ يَعْتِقُهَا"

Teks Bahasa Melayu

Hadith: “Wahai Barirah! Bersihkanlah masjid pada hari Khamis, kerana sesungguhnya sesiapa yang mengeluarkan dari masjid kekotoran pada hari Khamis dengan kadar apa yang mengotorkan mata adalah seperti membebaskan hamba”.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 27, hadis no. 46. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في إسناده: الحسين بن علوان يضع الحديث

Di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama al-Husain bin Ulwan dan dia pereka hadith.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.