TEKS BAHASA ARAB
يا عم! إن الله عز وجل قد عصمني من الجن والإنس.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai bapa saudaraku, sesungguhnya Allah SWT memelihara aku daripada jin dan manusia.
STATUS
Sangat Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1098, hadis nombor 5569. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحْرَسُ فَكَانَ يُرْسِلُ مَعَهُ عَمُّهُ أَبُو طَالِبٍ كُلَّ يَوْمٍ رِجَالًا مِنْ بني هَاشِمٍ يَحْرُسُونَهُ حَتَّى نَزَلَتْ هَذِهِ الآيَةُ {يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ} إِلَى قَوْلِهِ: {وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ}، فَأَرَادَ عَمُّهُ أَنْ يُرْسِلَ مَعَهُ مَنْ يَحْرُسُهُ فَقَالَ: يَا عَمِّ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ قَدْ عَصَمَنِي مِنَ الْجِنِّ وَالإِنْسِ. [طب، الواحدي، في أسباب النزول، الضعيفة (6440)].
(Sangat lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau menceritakan: Rasulullah SAW sentiasa dijaga. Bapa saudaranya, Abu Talib, selalu menghantar beberapa orang lelaki daripada Bani Hashim setiap hari untuk mengawasi Baginda sehinggalah turun ayat {Wahai Rasul, sampaikanlah segala apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu}, sehingga ayat {Dan Allah sentiasa memelihara kamu daripada manusia}. Apabila bapa saudara Baginda ingin menghantar seseorang untuk mengawasi Baginda, Baginda lalu berkata: Wahai bapa saudaraku, sesungguhnya Allah SWT telah memelihara Aku daripada jin dan manusia. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. riwayat al-Wahidi dalam Asbab al-Nuzul. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6440]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.