Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَا عَمِّ لَوْ وُضِعَتِ الشَّمْسُ فِي يَمِينِي وَالْقَمَرُ فِي يَسَارِي مَا تَرَكْتُ هَذَا الْأَمْرَ حَتَّى يُظْهِرَهُ اللهُ أَوْ أَهْلِكَ فِي طَلَبِهِ.
Teks Bahasa Melayu
“Wahai bapa saudara! Kalaulah diletakkan matahari di kanan saya dan bulan di kiri saya, nescaya saya tidak akan meninggalkan urusan ini (menegakkan Islam), sehinggalah Allah memenangkannya atau saya mati dalam menuntut kemenangannya (yang belum dicapai).
Ulama/Pengkaji Hadis
- Dr. Nur Afifi Bin Alit (Penyelia Dr. Shumsudin Yabi)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini merupakan salah satu hadis kajian Dr. Nur Afifi Bin Alit yang diselia oleh Dr. Shumsudin Yabi dalam Disertasi Kedoktoran Universiti Sains Islam Malaysia bertajuk al-Ahadith al-Wahiyah wal-Mawdu‘ah Fi al-Baramij al-Da‘wiyah al-Tilfiziwniyyyah Fi Malizia: Dirasah Tahliliyah Fi Qanat al-Hijrah, di halaman 146, hadis no. 9. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hukum Hadis: Sanad hadis ini lemah kerana mu‘dal. Mu‘dal merupakan sebab hadis menjadi lemah. Ya‘qub tidak pernah bertemu dengan sesiapa pon dari kalangan sahabat. Dia merupakan tabi‘ tabi‘in, meninggal pada tahun 228 hijrah. Turut diriwayatkan dengan jalur lain dengan sanad hasan, padanya sabda Nabi ﷺ: وَاللَّهِ مَا أَنَا بِأَقْدَرَ أَنْ أَدَعَ مَا بُعِثْتُ بِهِ مِنْ أَنْ يُشْعِلَ أَحَدُكُمْ مِنْ هَذِهِ الشَّمْسِ شُعْلَةً مِنْ نَارٍ. “Demi Allah saya tidak boleh membiarkan apa yang saya diutuskan dengannya sehingga seseorang daripada kalian menyalakan matahari ini dengan nyalaan api.” Riwayat ini lebih thabit berbanding riwayat yang pertama, maka berpegang dengannya lagi baik.
Rujukan
Nur Afifi, A. (2023). Al-Ahadith al-Wahiyah wa al-Mawdu'ah fi al-Baramij al-Da'wiyah al-Tilfizyuniyyah fi Maliziyah: Dirasah Tahliliyyah Qanat al-Hijrah [Doctoral dissertation, Universiti Sains Islam Malaysia]. USIM Research Repository. https://oarep.usim.edu.my/entities/publication/3da60da4-f5a5-4637-a1fb-ab8c2b8731e9/full
Penterjemah | Ali Abdul Rahman Alhuzaifi Bin Suib |
Penyunting | Muhammad Iskandar Bin Mohd Badree |
Penyemak | Dr Nur Afifi bin Alit |
Makluman