Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا بني عبدِ المطَّلبِ! إنِّي بُعثتُ إليكم خاصَّةً، وإلى النَّاسِ عامَّةً، وقد رأيتُم من هذِهِ الآيةِ ما قد رأيتُم، فأيُّكم يبايعني على أن يَكونَ أخي وصاحبي ووارِثي.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Bani Abdul Muttalib, aku telah diutuskan kepada kalian secara khusus dan kepada manusia secara keseluruhannya. Kalian telah melihat tanda sebentar tadi. Sesiapa antara kalian yang berbaiah kepada aku, dia akan menjadi sahabat dan pewaris aku.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1918, hadis no. 9635. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Rabi’ah bin Najid bahawa seorang lelaki berkata kepada Ali bin Talib RA: Wahai Amirul Mukminin, kenapa kamu mewarisi tanpa bapa-bapa saudara kamu. Ali berkata: Rasulullah SAW mengumpulkan atau Ali berkata: Rasulullah memanggil Bani Abdul Muttalib. Lalu Baginda menyediakan setalam makanan untuk mereka. Lantas mereka makan sehingga kenyang. Makanan tersebut tetap kekal seperti sebelum tidak disentuh. Kemudian Baginda memohon dibawakan bekas air yang kecil. Mereka minum sehingga hilang dahaga. Minuman tersebut tetap kekal seperti sedia kala seakan-akan ia tidak disentuh atau tidak diminum. Lalu Nabi SAW bersabda: Wahai Bani Abdul Muttalib, aku telah diutuskan kepada kalian secara khusus dan kepada manusia secara keseluruhannya. Kalian telah melihat tanda sebentar tadi. Sesiapa antara kalian yang berbaiah kepada aku, dia akan menjadi sahabat dan pewaris aku. Seorang pun tidak bangun lalu aku (Ali) bangun di mana pada ketika itu aku masih kecil. Nabi SAW bersabda: Duduklah kemudian Baginda menyebutnya tiga kali. Setiap kali aku bangun Baginda akan berkata: Duduklah. Sehingga tiba kali ketiga, Baginda menepuk tangan aku dengan tangan Baginda kemudian baginda berkata: Begitulah kamu mewarisi daripada anak kepada bapa saudara aku tanpa pak cik aku yang lain. [Riwayat Musnad Ahmad bin Hanbal, Imam Al-Nasa'i ada Kitab bertajuk Khasais 'Ali bin Abu Talib, Ibn Jarir dalam Tarikh, Ibn Asakir, al-Diya biasanya Diya al-Maqdisi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5793]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman