Wahai Bani Abdul Muthallib! Sesungguhnya aku diutus untuk kamu secara khusus dan kepada manusia secara umum

TEKS BAHASA ARAB

عن ربيعة بن ناجد: أن رجلاً قال لعلي بن أبي طالب رضي الله عنه: يا أمير المؤمنين! لم ورثت دون أعمامك؟ قال: جمع رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، أو قال: دعا رسول الله بني عبد المطلب، فصنع لهم مداً من الطعام، فأكلوا حتى شبعوا وبقي الطعام كما هو كأنه لم يمس، ثم دعا بغمرٍ، فشربوا حتى رووا، وبقي الشراب كأنه لم يمس أو لم يشرب، فقال: (يا بني عبد المطلب! إني بعثت إليكم خاصةً، وإلى الناس عامةً، وقد رأيتم من هذه الآية ما قد رأيتم، فأيكم يبايعني على أن يكون أخي وصاحبي ووارثي؟) .فلم يقم إليه أحد، فقمت إليه – وكنت أصغر القوم -، فقال: ((اجلس)) . ثم قال ثلاث مرات، كل ذلك أقوم إليه، فيقول: ((اجلس)) . حتى كان في الثالثة ضرب بيده على يدي، ثم قال: فبذلك ورثت ابن عمي دون عمي.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Rabi’ah bin Najid bahawa seorang lelaki berkata kepada Ali bin Abi Talib RA: Wahai ketua orang beriman! kenapa kamu mewarisi selain daripada bapa-bapa saudara kamu? dia berkata: Rasulullah SAW mengumpulkan atau mengundang Bani Abdul Muthallib, maka dibuatkan untuk mereka satu mud (sekadar tadahan tangan) makanan, kemudian mereka memakannya sampai kenyang, tetapi makanan masih tersisa seperti semula seakan-akan belum tersentuh. Kemudian disediakanlah air dalam bejana kecil dan mereka meminumnya sampai puas namun minuman sama seperti semula, seakan-akan belum tersentuh atau belum diminum. Baginda bersabda, Wahai Bani Abdul Muthallib! Sesungguhnya aku diutus untuk kamu secara khusus dan kepada manusia secara umum. Kamu telah melihat mukjizat ini, siapakah di antara kamu yang mahu berbaiah kepadaku untuk menjadi saudara dan sahabatku? Ali berkata,: Tidak ada seorang pun yang berdiri. Kemudian aku bangun, padahal aku adalah orang yang paling kecil di antara mereka. Nabi berkata: Duduklah! Baginda mengatakannya tiga kali, setiap kali Baginda akan bertanya dan berkata kepadaku: Duduklah! Sampai yang ketiga kalinya Baginda meletakkan tangannya ke tanganku. Kemudian dia berkata: Disebabkan itu, aku mewarisi daripada anak pakcikku (iaitu Nabi) tanpa pakcikku.


STATUS

Lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1706-1707, hadis nombor 8589. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Ali RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Musnad Ahmad, Sunan al-Nasa’ie dalam al-Khasais, Ibn Jarir dalam al-Tarikh, Ibn Asakir dan al-Dhiya'.

Ia dinilai lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs