Wahai Asma’! Janganlah kamu berkata tidak baik dan janganlah kamu memukul dada

TEKS BAHASA ARAB

عن أسماء بنت عميس قالت: لما أصيب جعفر، جاءني رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وقال: ((يا أسماء! لا تقولي هجراً، ولا تضربي صدراً))، قالت: وأقبلت فاطمة وهو يقول: ((يا ابن عماه!)) فقال النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((على مثل جعفر فلتبك الباكية))، قالت: ثم عاج النبي – صلى الله عليه وسلم – إلى أهله، فقال: ((اصنعوا لآل جعفر طعاماً؛ فقد شغلوا اليوم)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Asma’ bin ‘Umais RA beliau berkata: Apabila Ja’far ditimpa musibah (meninggal dunia), Rasulullah SAW telah datang kepadaku dan baginda berkata: ((Wahai Asma’! Janganlah kamu berkata tidak baik dan janganlah kamu memukul dada.)) Asma’ berkata: Fatimah telah datang dan baginda sedang berkata: ((Wahai sepupu! -merujuk kepada Ja’far)) Nabi SAW berkata: (((Orang) seperti Ja’far sememangnya menyebabkan menangis perempuan yang menangis.)) Dia berkata: Kemudian Nabi SAW berpaling kepada ahli keluarga Baginda lalu Baginda berkata: ((Buatlah makanan untuk keluarga Ja’far kerana mereka sibuk pada hari ini.))

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1740, hadis nombor 8758. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أسماء بنت عميس قالت: لما أصيب جعفر، جاءني رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وقال: ((يا أسماء! لا تقولي هجراً، ولا تضربي صدراً))، قالت: وأقبلت فاطمة وهو يقول: ((يا ابن عماه!)) فقال النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((على مثل جعفر فلتبك الباكية))، قالت: ثم عاج النبي – صلى الله عليه وسلم – إلى أهله، فقال: ((اصنعوا لآل جعفر طعاماً؛ فقد شغلوا اليوم)). [عب، ((الضعيفة)) (3883)].

(Lemah)
Daripada Asma’ bin ‘Umais RA beliau berkata: Apabila Ja’far ditimpa musibah (meninggal dunia), Rasulullah SAW telah datang kepadaku dan baginda berkata: ((Wahai Asma’! Janganlah kamu berkata tidak baik dan janganlah kamu memukul dada.)) Asma’ berkata: Fatimah telah datang dan baginda sedang berkata: ((Wahai sepupu! -merujuk kepada Ja’far)) Nabi SAW berkata: (((Orang) seperti Ja’far sememangnya menyebabkan menangis perempuan yang menangis.)) Dia berkata: Kemudian Nabi SAW berpaling kepada ahli keluarga Baginda lalu Baginda berkata: ((Buatlah makanan untuk keluarga Ja’far kerana mereka sibuk pada hari ini.))
[Riwayat Abd al-Razzaq dalam Musannafnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3883].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs