Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا أنسُ! ضع بصرَك موضِعَ سجودِكَ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Anas! Tundukkanlah pandanganmu ke tempat sujudmu.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 287, hadis no. 1507. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس -رضي الله عنه - . مرفوعا: «يا أنس! ضع بصرك موضع سجودك». [قر، «الضعيفة» (3815)].
(Terlalu Daif) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Wahai Anas! Tundukkanlah pandanganmu ke tempat sujudmu. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3815]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman