Wahai Anas! Orang pertama yang masuk menemuimu melalui pintu ini

TEKS BAHASA ARAB

يا أنس! أول من يدخل عليك من هذا الباب: أمير المؤمنين، وسيد المسلمين، وقائد الغر المحجلين، وخاتم الوصيين. قال أنس: قلت: اللهم! اجعله رجلا من الأنصار – وكتمته -؛ إذ جاء علي، فقال: من هذا يا أنس؟ فقلت: علي. فقام مستبشرا فاعتنقه، ثم جعل يمسح عن وجهه بوجهه، ويمسح عرق علي بوجهه. قال علي: يا رسول الله! لقد رأيتك صنعت شيئا ما صنعت بي من قبل؟! قال: وما يمنعني، وأنت تؤدي عني، وتسمعهم صوتي، وتبين لهم ما اختلفوا فيه بعدي؟!

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Anas! Orang pertama yang masuk menemuimu melalui pintu ini ialah pemimpin orang-orang beriman, penghulu Muslimin, ketua orang-orang yang ada kesan wuduk dan penutup para wali. Anas telah berkata: Aku berdoa: Ya Allah! Jadikanlah orang tersebut dari kalangan Ansar kemudian -dia menyembunyikan percakapannya-; lalu Ali datang. Maka baginda SAW bersabda: "Siapakah ini wahai Anas?" Maka aku menjawab: "Ali." Maka baginda bangun dalam keadaan gembira lantas memeluknya. Kemudian baginda berlaga wajah dengan wajah Ali serta menyapu titisan peluh Ali dengan wajah baginda. Lalu Ali berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah melihat engkau membuat sesuatu yang tidak pernah engkau lakukan kepadaku sebelum ini." Lalu baginda bersabda: "Tiada apa yang menghalang aku. Engkau telah menyampaikan tentangku, memperdengarkan kepada mereka pendapatku serta menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan padanya selepas ketiadaanku."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1884, hadis nombor 9489. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((يا أنس! أول من يدخل عليك من هذا الباب: أمير المؤمنين، وسيد المسلمين، وقائد الغر المحجلين، وخاتم الوصيين. قال أنس: قلت: اللهم! اجعله رجلا من الأنصار – وكتمته -؛ إذ جاء علي، فقال: من هذا يا أنس؟ فقلت: علي. فقام مستبشرا فاعتنقه، ثم جعل يمسح عن وجهه بوجهه، ويمسح عرق علي بوجهه. قال علي: يا رسول الله! لقد رأيتك صنعت شيئا ما صنعت بي من قبل؟! قال: وما يمنعني، وأنت تؤدي عني، وتسمعهم صوتي، وتبين لهم ما اختلفوا فيه بعدي؟!)). [حل، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4886)]

(Palsu) Daripada Anas Bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Wahai Anas! Orang pertama yang masuk menemuimu melalui pintu ini ialah pemimpin orang-orang beriman, penghulu Muslimin, ketua orang-orang yang ada kesan wuduk dan penutup para wali. Anas telah berkata: Aku berdoa: Ya Allah! Jadikanlah orang tersebut dari kalangan Ansar kemudian -dia menyembunyikan percakapannya-; lalu Ali datang. Maka baginda SAW bersabda: "Siapakah ini wahai Anas?" Maka aku menjawab: "Ali." Maka baginda bangun dalam keadaan gembira lantas memeluknya. Kemudian baginda berlaga wajah dengan wajah Ali serta menyapu titisan peluh Ali dengan wajah baginda. Lalu Ali berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah melihat engkau membuat sesuatu yang tidak pernah engkau lakukan kepadaku sebelum ini." Lalu baginda bersabda: "Tiada apa yang menghalang aku. Engkau telah menyampaikan tentangku, memperdengarkan kepada mereka pendapatku serta menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan padanya selepas ketiadaanku." [Riwayat Abu Nuaym dalam al-Hilyah dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4886]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs