Wahai Anas! Orang pertama yang masuk menemuimu dari pintu ini adalah Amirul Mukminin

TEKS BAHASA ARAB

يا أنس! أول من يدخل عليك من هذا الباب: أمير المؤمنين، وسيد المسلمين، وقائد الغر المحجلين، وخاتم الوصيين. قال أنس: قلت: اللهم! اجعله رجلا من الأنصار -وكتمته-؛ إذ جاء علي، فقال: من هذا يا أنس؟ فقلت: علي. فقام مستبشرا فاعتنقه، ثم جعل يمسح عن وجهه بوجهه، ويمسح عرق علي بوجهه. قال علي: يا رسول الله! لقد رأيتك صنعت شيئا ما صنعت بي من قبل؟! قال: وما يمنعني، وأنت تؤدي عني، وتسمعهم صوتي، وتبين لهم ما اختلفوا فيه بعدي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Anas! Orang pertama yang masuk menemuimu dari pintu ini adalah Amirul Mukminin, ketua orang Islam, ketua al-Ghur al-Muhajjalin (orang yang beriman yang terpilih) dan penutup para wasi. Anas berkata: Aku berkata: Ya Allah! Jadikanlah dia seorang lelaki daripada kaum Ansar,-aku katakannya di dalam hati-. Tiba-tiba ‘Ali telah tiba. Lalu Baginda bersabda: Siapakah ini wahai Anas? Lalu aku menjawab: ‘Ali. Lalu Baginda bangun dalam keadaan gembira lalu memeluknya, kemudian Baginda mula menyentuh wajahnya dengan wajahnya dan menyentuh peluh ‘Ali dengan wajah Baginda. ‘Ali berkata: Wahai Rasul Allah! Aku benar-benar telah nampak kamu lakukan sesuatu yang belum pernah kamu lakukan kepadaku sebelum ini. Baginda berkata: Dan apa yang menghalangku sedangkan kamu pelaksana bagi pihakku, kamu memperdengarkan suaraku dan kamulah yang akan menerangkan kepada mereka apa yang diperselisihkan padanya selepasku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 497, hadis nombor 2667. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك –رضي الله عنه- مرفوعا: ((يا أنس! أول من يدخل عليك من هذا الباب: أمير المؤمنين، وسيد المسلمين، وقائد الغر المحجلين، وخاتم الوصيين. قال أنس: قلت: اللهم! اجعله رجلا من الأنصار -وكتمته-؛ إذ جاء علي، فقال: من هذا يا أنس؟ فقلت: علي. فقام مستبشرا فاعتنقه، ثم جعل يمسح عن وجهه بوجهه، ويمسح عرق علي بوجهه. قال علي: يا رسول الله! لقد رأيتك صنعت شيئا ما صنعت بي من قبل؟! قال: وما يمنعني، وأنت تؤدي عني، وتسمعهم صوتي، وتبين لهم ما اختلفوا فيه بعدي؟!)). [حل، ((الضعيفة)) (4886)].

(Palsu)
Daripada Anas bin Malik RA, disecara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Wahai Anas! Orang pertama yang masuk menemuimu dari pintu ini adalah Amirul Mukminin, ketua orang Islam, ketua al-Ghur al-Muhajjalin (orang yang beriman yang terpilih) dan penutup para wasi. Anas berkata: Aku berkata: Ya Allah! Jadikanlah dia seorang lelaki daripada kaum Ansar,-aku katakannya di dalam hati-. Tiba-tiba ‘Ali telah tiba. Lalu Baginda bersabda: Siapakah ini wahai Anas? Lalu aku menjawab: ‘Ali. Lalu Baginda bangun dalam keadaan gembira lalu memeluknya, kemudian Baginda mula menyentuh wajahnya dengan wajahnya dan menyentuh peluh ‘Ali dengan wajah Baginda. ‘Ali berkata: Wahai Rasul Allah! Aku benar-benar telah nampak kamu lakukan sesuatu yang belum pernah kamu lakukan kepadaku sebelum ini. Baginda berkata: Dan apa yang menghalangku sedangkan kamu pelaksana bagi pihakku, kamu memperdengarkan suaraku dan kamulah yang akan menerangkan kepada mereka apa yang diperselisihkan padanya selepasku.
[Riwayat Abu Nu‘aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4886].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs