Wahai Anas, marilah aku ajarkan kepadamu doa ketika wudhu

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "يا أنس ادن مني أعلمك مقادير الوضوء فدنوت منه فلما أن غسل يديه قال: بسم الله والحمد لله ولا حول ولا قوة إلا بالله فلما استنجى قال: اللهم حصن فرجي ويسر لي أمري فلما تمضمض واستنشق قال: اللهم لقني حجتي ولا تحرمني رائحة الجنة فلما أن غسل وجهه قال: اللهم بيض وجهي يوم تبيض الوجوه فلما أن غسل ذراعيه قال: اللهم أعطني كتابي بيميني فلما مسح يده على رأسه قال اللهم تغشنا برحمتك وجنبنا عذابك فلما غسل قدميه قال: اللهم ثبت قدمي يوم تزول الأقدام".


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: "Wahai Anas, marilah aku ajarkan kepadamu (doa) ketika wudhu, maka aku datang dekat kepada Nabi SAW. Ketika Nabi SAW membasuh kedua tangan Baginda membaca: Dengan nama Allah, segala puji Bagi Allah, tidak ada daya kekuatan melainkan datang darinya. Ketika beristinjak baginda berdoa: Ya Allah peliharalah kemaluanku, dan permudahkan urusanku. Ketika berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung, baginda berdoa: Ya Allah ajarkan aku hujahku, jangan haramkan keatasku bau syurga. Ketika membasuh wajahnya baginda berdoa: Ya Allah putihkanlah wajahku di hari diputihkan wajah. Ketika baginda membasuh tangannya baginda berdoa : Ya allah berikan buku catatan amalanku dengan tangan kananku. Ketika menyapu tangannya diatas kepala baginda berdoa: Ya Allah liputilah kami dengan rahmatMu jauhi kami dari azabMu. Ketika membasuh kedua kakinya baginda berdoa: Ya Allah tetapkanlah kakiku pada hari kaki-kaki tergelincir".


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 13, hadis nombor 33. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


في إسناده عباد بن صهيب قال البخاري والنسائي: متروك وفيه أيضا أحمد بن هاشم اتهمه الدارقطني قال النووي: هذا الحديث باطل لا أصل له وتابعه ابن حجر وروى نحوه من حديث علي وفي إسناده خارجة بن مصعب تركه الجمهور وكذبه ابن معين.

Pada sanadnya terdapat seorang perawi bernama Abbad bin Suhaib. Al-Bukhari dan al-Nasaie berkata: Matruk (terlalu dhaif). Pada sanadnya juga terdapat Ahmad bin Hasyim, seorang yang dituduh berdusta seperti dikatakan oleh al-Daraqutni. Al-Nawawi berkata: Hadith ini batil, tidak ada asalnya. Pendapat ini disokong oleh Ibn Hajar. Beliau meriwayatkan seumpamanya daripada jalan Ali dan pada sanadnya terdapat perawi bernama Kharijah bin Mus’ab Jumhur ulama hadith meninggalkan riwayatnya dan Ibn Ma‘in mendustakannya.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs