Wahai Anas, laksanakanlah solat Dhuha. Sesungguhnya ia merupakan solat golongan awwābīn (orang yang mengingati dosa-dosanya ketika bersendirian) sebelum kamu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا أنس صل صلاة الضحى فإنها صلاة الأوابين قبلك وارحم الصغير ووقر الكبير تكن من رفقائي يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Anas, laksanakanlah solat Dhuha. Sesungguhnya ia merupakan solat golongan awwābīn (orang yang mengingati dosa-dosanya ketika bersendirian) sebelum kamu. Sayangilah anak-anak kecil, dan muliakanlah orang-orang tua, nescaya kamu akan menjadi antara pendampingku pada hari kiamat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 119 – 120, hadis nombor 613. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس رضي الله عنه قال: يا أنس صل صلاة الضحى فإنها صلاة الأوابين قبلك وارحم الصغير ووقر الكبير تكن من رفقائي يوم القيامة. [عد، حب، ابن عساكر، الضعيفة (5846)]

(Sangat Lemah) Daripada Anas RA, Baginda SAW telah menasihati aku dengan bersabda: Wahai Anas, laksanakanlah solat Dhuha. Sesungguhnya ia merupakan solat golongan awwābīn (orang yang mengingati dosa-dosanya ketika bersendirian) sebelum kamu. Sayangilah anak-anak kecil, dan muliakanlah orang-orang tua, nescaya kamu akan menjadi antara pendampingku pada hari kiamat. [Diriwayatkan oleh Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil, Ibn Ḥibbān dalam al-Ḍu‘afā’, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5846]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.