Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا أنس صل صلاةَ الضحى فإنها صلاةُ الأوَّابين قبلَك وارحمِ الصغيرَ ووقِّرِ الكبيرَ تكن من رفقائي يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Anas, laksanakanlah solat Dhuha. Sesungguhnya ia merupakan solat golongan awwābīn (orang yang mengingati dosa-dosanya ketika bersendirian) sebelum kamu. Sayangilah anak-anak kecil, dan muliakanlah orang-orang tua, nescaya kamu akan menjadi antara pendampingku pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 119 - 120, hadis no. 613. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس رضي الله عنه قال: يا أنس صل صلاة الضحى فإنها صلاة الأوابين قبلك وارحم الصغير ووقر الكبير تكن من رفقائي يوم القيامة. [عد، حب، ابن عساكر، الضعيفة (5846)]
(Terlalu Daif) Daripada Anas RA, Baginda SAW telah menasihati aku dengan bersabda: Wahai Anas, laksanakanlah solat Dhuha. Sesungguhnya ia merupakan solat golongan awwābīn (orang yang mengingati dosa-dosanya ketika bersendirian) sebelum kamu. Sayangilah anak-anak kecil, dan muliakanlah orang-orang tua, nescaya kamu akan menjadi antara pendampingku pada hari kiamat. [Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil, Ibn Ḥibbān dalam al-Ḍu‘afā’, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5846]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman