Nabi SAW melarang seorang lelaki mencukur kepalanya dalam keadaan berjunub, mencabut bulu kening semasa berjunub

TEKS BAHASA ARAB

نهى أن يحلق الرجل رأسه وهو جنب، أو يقلم ظفرا، أو ينتف حاجبا وهو جنب

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW melarang seorang lelaki mencukur kepalanya dalam keadaan berjunub, mencabut bulu kening semasa berjunub.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 818, hadis nombor 4212. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك –رضي الله عنه- قال: دخل علي النبي صلى الله عليه وسلم في يوم الجمعة، وأنا أفيض علي شيئا من الماء، فقال لي: ((يا أنس! غسلك: للجمعة أم للجنابة؟)). فقلت: يا رسول الله! بل للجنابة، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: ((يا أنس! عليك بالحنيك، والفنيك، والضاغطين، والمسين، والمنسبين، وأصول البراجم، وأصول الشعر، واثني عشر نقبا، منها سبعة في وجهك ورأسك, واثنان في سفلتك، وثلاث في صدرك وسرتك، فوالذي بعثني بالحق نبيا! لو أغسلت بأربعة أنهار الدنيا: سيحان و جيحان، والنيل والفرات، ثم لم تنقهم، للقيت الله يوم القيامة وأنت جنب)) قال أنس: فقلت: يا رسول الله! وما الحنيك، وما الفنيك وما الضاغطين والمسين وما المنسبين؟ وما أصول البراجم؟ فأومى إلي رسول الله صلى الله عليه وسلم بيده: أن الحقني، فلحقته، وأخذ بيدي، وأجلسني بين يديه، وقال لي: ((يا أنس! أما: (الحنيك) فلحيك الفوقاني، وأما: (الفنيك) ففكك السفلاني، وأما: (الضاغطين) وهما: (المسين) فهما أصول أفخاذك، وأما: (المنسبين) فتفريش آذانك، وأما: (أصول البراجم) فأصول أظافيرك، فوالذي بعثني بالحق نبيا! لتأتي الشعرة كالبعير المربوق حتى تقف بين يدي الله فتقول: إلهي وسيدي! خذ لي بحقي من هذا” فعندها نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((نهى أن يحلق الرجل رأسه وهو جنب، أو يقلم ظفرا، أو ينتف حاجبا وهو جنب)).
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6167)]

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA berkata: Nabi SAW datang berjumpa aku pada hari Jumaat, dan aku sedang mencurahkan air ke diriku. Lalu baginda SAW berkata kepadaku: “Wahai Anas! Engkau mandi ini untuk Jumaat atau mandi junub? Maka aku berkata: Wahai Rasulullah! Bahkan untuk junub. Maka Nabi SAW bersabda: “Wahai Anas! Hendaklah kamu (membasuh) al-Hanik, al-Fanik, al-Dhaghitain, al-Musain, al-Munsibain, Usul al-Barajim, pangkal rambutmu, serta 12 lubang, 7 yang ada di wajah dan kepalamu, 2 yang berada di bahagian bawahmu, dan 3 yang ada di dada dan pusat. Demi zat yang telah mengutuskan aku sebagai Nabi dengan kebenaran! Jika engkau mandi dengan 4 sungai dunia: Saihan, Jaihan, Nil dan Furat, kemudian engkau tidak menyucikan mereka, engkau akan berjumpa Allah dalam keadaan berjunub.” Anas berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Apakah itu al-Hanik, al-Fanik, al-Dhaghitain, al-Musain dan al-Munsibain? Apakah itu Usul al-Barajim? Kemudian Rasulullah SAW mengisyaratkan dengan tangannya untuk mengikutinya lalu aku mengikutinya. Lalu baginda memegang tanganku, dan mendudukkan aku di hadapannya. Baginda berkata kepadaku: “Wahai Anas! Adapun al-Hanik adalah janggut bawah kamu, al-Fanik adalah gusi kamu, al-Dhaghitain adalah al-Musain iaitu pangkal paha. Al-Munsinain adalah telinga kamu. Usul al-Barajim pula adalah hujung jari kamu. Demi zat yang mengutuskan aku sebagai Nabi dengan kebenaran! Bulu-bulu dan rambut akan datang seperti unta yang diikat sehingga berada di hadapan Allah dan berkata: Wahai tuhan dan tuanku! Ambillah untukku akan hakku daripadanya.” Lalu Nabi SAW melarang seorang lelaki mencukur kepalanya dalam keadaan berjunub, mencabut bulu kening semasa berjunub.” [Riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6167]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs