Wahai Anas! Bertolaklah lalu panggillah untukku ketua orang Arab

TEKS BAHASA ARAB

يا أنس! انطلق فادع لي سيد العرب. فقالت عائشة -رضي الله عنها-: ألست سيد العرب؟! قال: أنا سيد ولد آدم، وعلي سيد العرب. يا معشر الأنصار! ألا أدلكم على ما إن تمسكتم به لم تضلوا بعده؟! قالوا: بلى يا رسول الله! قال: هذا علي؛ فأحبوه بحبي، وأكرموه لكرامتي؛ فإن جبريل صلى الله عليه وسلم أمرني بالذي قلت لكم عن الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Anas! Pergilah lalu panggillah untukku ketua orang Arab. Lalu ‘Aishah RA berkata: Bukankah engkau ketua orang Arab? Baginda bersabda: Aku adalah ketua anak Adam manakala ‘Ali adalah ketua orang Arab. Wahai sekalian orang Ansar! Mahukah aku tunjukkan kalian kepada apa yang jika kalian berpegang teguh dengannya, kalian tidak akan sesat selepasku? Para sahabat berkata: Sudah tentu wahai Rasul Allah! Baginda bersabda: Ini adalah ‘Ali, maka sayangilah dia demi cinta kalian kepadaku dan muliakanlah dia kerana kemuliaanku, kerana Jibril ‘Alaihi wa sallam memerintahkan aku dengan apa yang aku katakan kepada kalian daripada Allah ‘Azza wa Jalla.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 497, hadis nombor 2666. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن الحسن بن علي –رضي الله عنهما- مرفوعا: ((يا أنس! انطلق فادع لي سيد العرب. فقالت عائشة -رضي الله عنها-: ألست سيد العرب؟! قال: أنا سيد ولد آدم، وعلي سيد العرب. يا معشر الأنصار! ألا أدلكم على ما إن تمسكتم به لم تضلوا بعده؟! قالوا: بلى يا رسول الله! قال: هذا علي؛ فأحبوه بحبي، وأكرموه لكرامتي؛ فإن جبريل صلى الله عليه وسلم أمرني بالذي قلت لكم عن الله -عز وجل-)). [طب، حل، ((الضعيفة)) (4890)].

(Palsu)
Daripada al-Hassan bin ‘Ali RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Wahai Anas! Pergilah lalu panggillah untukku ketua orang Arab. Lalu ‘Aishah RA berkata: Bukankah engkau ketua orang Arab? Baginda bersabda: Aku adalah ketua anak Adam manakala ‘Ali adalah ketua orang Arab. Wahai sekalian orang Ansar! Mahukah aku tunjukkan kalian kepada apa yang jika kalian berpegang teguh dengannya, kalian tidak akan sesat selepasku? Para sahabat berkata: Sudah tentu wahai Rasul Allah! Baginda bersabda: Ini adalah ‘Ali, maka sayangilah dia demi cinta kalian kepadaku dan muliakanlah dia kerana kemuliaanku, kerana Jibril ‘Alaihi wa sallam memerintahkan aku dengan apa yang aku katakan kepada kalian daripada Allah ‘Azza wa Jalla.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Abu Nu‘aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4890].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs