TEKS BAHASA ARAB
يا أنس! إذا صليت؛ فضع بصرك حيث تسجد. قال: قلت: يا رسول الله! هذا شديد، وأخشى أن أنظر كذا وكذا؟ قال: نعم، في المكتوبة إذا يا أنس!
TEKS BAHASA MALAYSIA
"Wahai Anas, apabila kamu solat tumpukanlah pandanganmu ke arah tempat sujudmu". Anas berkata: Aku menjawab: “Wahai Rasulullah, ini sukar. Sedangkan saya bimbang akan melihat sekian dan sekian?” Baginda menjawab: “Benar. Jika begitu, maka dalam solat fardu (sahaja) wahai Anas!”
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 331, hadis nombor 1742. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدًا) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – عن رسول الله ﷺ قال: ((يا أنس! إذا صليت؛ فضع بصرك حيث تسجد. قال: قلت: يا رسول الله! هذا شديد، وأخشى أن أنظر كذا وكذا؟ قال: نعم، في المكتوبة إذا يا أنس!)). [عق، هق، ((الضعيفة)) (5845)].
(Sangat Lemah) Daripada Anas bin Malik RA, daripada Rasulullah ﷺ, baginda bersabda: "Wahai Anas, apabila kamu solat tumpukanlah pandanganmu ke arah tempat sujudmu". Anas berkata: Aku menjawab: “Wahai Rasulullah, ini sukar. Sedangkan saya bimbang akan melihat sekian dan sekian?” Baginda menjawab: “Benar. Jika begitu, maka dalam solat fardu (sahaja) wahai Anas!” [Riwayat al-'Uqayli dalam al-Du'afa' dan al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5845].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.