Wahai anakku perbanyakkanlah doa, kerana sesungguhnya ia menolak ketentuan yang bersifat Mubram (tidak berubah)

TEKS BAHASA ARAB

يا بني أكثر من الدعاء؛ فإنه يرد القضاء المبرم. يا بني! أكثر من قول: لا إله إلا الله؛ فإنها أثقل من سبع سماوات ومن الأرضين وما فيهن. يا بني! لا تغفل عن قراءة القرآن إذا أصبحت وإذا أمسيت؛ فإن القرآن يحيي القلب الميت، وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي، وبالقرآن تسير الجبال. يا بني! أكثر من ذكر الموت؛ فإنك إذا أكثرت ذكر الموت: زهدت في الدنيا، ورغبت في الآخرة، وإن الآخرة هي دار القرار، والدنيا غرارة لأهلها، والمغرور من اغتر بها

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai anakku perbanyakkanlah doa, kerana sesungguhnya ia menolak ketentuan yang bersifat Mubram (tidak berubah). Wahai anakku! Perbanyakkanlah ucapan: “Tiada Tuhan melainkan Allah”, kerana sesungguhnya ia lebih berat daripada tujuh langit serta bumi dan apa yang terkandung di dalamnya. Wahai anakku! Janganlah kamu lalai dari membaca al-Quran pada waktu pagi dan petang. Ini kerana sesungguhnya al-Quran menghidupkan hati yang mati dan mencegah daripada keburukan dan kemungkaran serta melampaui batas, dan dengan Quran bukit akan berjalan. Wahai anakku! Perbanyakkanlah mengingati mati kerana jika kamu sering mengingati mati, kamu akan merasa cukup dengan dunia dan mengharapkan balasan akhirat. Sesungguhnya akhirat itu tempat tinggal yang kekal manakala dunia itu hanya penipuan kepada penduduknya. Orang-orang yang tertipu adalah orang yang ditipu oleh dunia.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1754, hadis nombor 8839. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((يا بني أكثر من الدعاء؛ فإنه يرد القضاء المبرم. يا بني! أكثر من قول: لا إله إلا الله؛ فإنها أثقل من سبع سماوات ومن الأرضين وما فيهن. يا بني! لا تغفل عن قراءة القرآن إذا أصبحت وإذا أمسيت؛ فإن القرآن يحيي القلب الميت، وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي، وبالقرآن تسير الجبال. يا بني! أكثر من ذكر الموت؛ فإنك إذا أكثرت ذكر الموت: زهدت في الدنيا، ورغبت في الآخرة، وإن الآخرة هي دار القرار، والدنيا غرارة لأهلها، والمغرور من اغتر بها.)) [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5477)]

(Palsu)
Daripada Anas bin Malik beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: ((Wahai anakku perbanyakkanlah doa, kerana sesungguhnya ia menolak ketentuan yang bersifat Mubram (tidak berubah). Wahai anakku! Perbanyakkanlah ucapan: “Tiada Tuhan melainkan Allah”, kerana sesungguhnya ia lebih berat daripada tujuh langit serta bumi dan apa yang terkandung di dalamnya. Wahai anakku! Janganlah kamu lalai dari membaca al-Quran pada waktu pagi dan petang. Ini kerana sesungguhnya al-Quran menghidupkan hati yang mati dan mencegah daripada keburukan dan kemungkaran serta melampaui batas, dan dengan Quran bukit akan berjalan. Wahai anakku! Perbanyakkanlah mengingati mati kerana jika kamu sering mengingati mati, kamu akan merasa cukup dengan dunia dan mengharapkan balasan akhirat. Sesungguhnya akhirat itu tempat tinggal yang kekal manakala dunia itu hanya penipuan kepada penduduknya. Orang-orang yang tertipu adalah orang yang ditipu oleh dunia.))
[Riwayat al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5477].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs