Wahai anakku, perbanyakkanlah berdoa, kerana ia menolak ketentuan yang telah tetap

TEKS BAHASA ARAB

يا بني أكثر من الدعاء؛ فإنه يرد القضاء المبرم. يا بني! أكثر من قول: لا إله إلا الله؛ فإنها أثقل من سبع سماوات ومن الأرضين وما فيهن. يا بني! لا تغفل عن قراءة القرآن إذا أصبحت وإذا أمسيت؛ فإن القرآن يحيي القلب الميت، وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي، وبالقرآن تسير الجبال. يا بني! أكثر من ذكر الموت؛ فإنك إذا أكثرت ذكر الموت: زهدت في الدنيا، ورغبت في الآخرة، وإن الآخرة هي دار القرار، والدنيا غرارة لأهلها، والمغرور من اغتر بها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai anakku, perbanyakkanlah berdoa, kerana ia menolak ketentuan yang telah tetap. Wahai anakku! Perbanyakkanlah mengucapkan kalimah Tiada Tuhan selain Allah, kerana ia lebih berat daripada tujuh petala langit, bumi serta seluruh isinya. Wahai anakku! Janganlah kamu tinggalkan pembacaan al-Quran pada waktu pagi dan petang, kerana al-Quran itu menghidupkan hati yang mati dan menghalang daripada perbuatan keji, mungkar dan kemelampauan, dan dengan al-Quran gunung-ganang akan diterbangkan. Wahai anakku! Perbanyakkanlah mengingati mati, kerana jika kamu banyak mengingatinya, kamu akan tidak berhajat kepada dunia dan menginginkan akhirat. Sesungguhnya akhirat itulah tempat yang kekal abadi, manakala dunia itu penuh dengan dusta bagi ahlinya. Dan orang yang terpedaya ialah mereka yang tertipu dengan penipuan dunia.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1520, hadis nombor 7734. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا بُنَيَّ أَكْثِرْ مِنَ الدُّعاءِ؛ فإنه يَرُدُّ القضاءَ المُبْرَمَ. يا بُنَيَّ! أكْثِرْ مِنْ قولِ: لا إله إلا اللهُ؛ فإنها أَثقلُ مِنْ سَبعِ سماواتٍ وِمنَ الأرَضينَ وما فيهِنَّ! يا بُنَيَّ! لا تَغْفَلْ عَنْ قِراءةِ القرآنِ إذا أَصْبَحْتَ وإذا أَمْسَيْتَ؛ فإن القرآنَ يُحيي القلبَ المَيِّتَ، ويَنْهَى عَنْ الفحشاءِ والمنكرِ والبغيِ، وبالقرآنِ تُسَيَّرُ الجبالُ. يا بُنَيَّ! أَكْثِرْ مِنْ ذِكرِ الموتِ؛ فإنك إذا أكثرتَ ذِكرَ الموتِ: زَهِدْتَ في الدنيا، وَرَغِبْتَ في الآخِرَةِ، وإن الآخِرَةَ هي دارُ القرارِ، والدنيا غَرارةٌ لأهلِها، والمغرورُ مَنِ اغترَّ بها.
[الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5477)]

(Palsu)
Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai anakku, perbanyakkanlah berdoa, kerana ia menolak ketentuan yang telah tetap. Wahai anakku! Perbanyakkanlah mengucapkan kalimah Tiada Tuhan selain Allah, kerana ia lebih berat daripada tujuh petala langit, bumi serta seluruh isinya. Wahai anakku! Janganlah kamu tinggalkan pembacaan al-Quran pada waktu pagi dan petang, kerana al-Quran itu menghidupkan hati yang mati dan menghalang daripada perbuatan keji, mungkar dan kemelampauan, dan dengan al-Quran gunung-ganang akan diterbangkan. Wahai anakku! Perbanyakkanlah mengingati mati, kerana jika kamu banyak mengingatinya, kamu akan tidak berhajat kepada dunia dan menginginkan akhirat. Sesungguhnya akhirat itulah tempat yang kekal abadi, manakala dunia itu penuh dengan dusta bagi ahlinya. Dan orang yang terpedaya ialah mereka yang tertipu dengan penipuan dunia.
[Riwayat al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5477]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs