Wahai anakku! Makanlah daun saderi kerana ia adalah sayur para nabi yang telah diabaikan

TEKS BAHASA ARAB

يا بني! كل الكرفس؛ فإنها بقلة الأنبياء، مغفول عنها، وهي طعام الخضر وإلياس، والكرفس يفتح السدد، ويذكي القلب، ويورث الحفظ، ويطرد الجنون، والجذام، والبرص، والجن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai anakku! Makanlah daun saderi kerana ia adalah sayur para nabi yang telah diabaikan. Ia adalah makanan Nabi Khadir dan Nabi Ilyas. Saderi itu juga membuka yang tersumbat, membersihkan jiwa, mewariskan hafazan, menjauhkan penyakit gila, kusta, sopak dan jin.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 395, hadis nombor 2113. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن الحسن بن علي – رضي الله عنهما – رفعه: «يا بني! كل الكرفس؛ فإنها بقلة الأنبياء، مغفول عنها، وهي طعام الخضر وإلياس، والكرفس يفتح السدد، ويذكي القلب، ويورث الحفظ، ويطرد الجنون، والجذام، والبرص، والجن». [فر، «الضعيفة» (2136)].

(Palsu) Daripada al-Hasan bin Ali RA, beliau menyandarkannya kepada Nabi ﷺ: “Wahai anakku! Makanlah daun saderi kerana ia adalah sayur para nabi yang telah diabaikan. Ia adalah makanan Nabi Khadir dan Nabi Ilyas. Saderi itu juga membuka yang tersumbat, membersihkan jiwa, mewariskan hafazan, menjauhkan penyakit gila, kusta, sopak dan jin”. [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2136].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs