TEKS BAHASA ARAB
حديث: " أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ قَالَ: قَالَتْ أُمُّ سليمان ابن دَاوُدَ لَهُ: يَا بُنَيَّ لا تُكْثِرِ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَإِنَّ كَثْرَةَ النَّوْمِ بِاللَّيْلِ تَدَعُ الرَّجُلَ فَقِيرًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ"
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith : Adalah Nabi SAW berkata : Ibu Sulaiman bin Daud berkata kepada anaknya : Wahai anakku, janganlah banyak tidur pada malam hari kerana banyak tidur di malam hari menjadikan seseorang fakir pada hari kiamat.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 35, hadis nombor 76. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن الجوزي عن جابر مرفوعا وقال: لا يصح
وفي إسناده: يوسف ابن محمد بن المنكدر متروك
قال في اللآلىء: قال فيه أبو زرعة: صالح الحديث, وقال ابن عدي: أرجو أنه لا بأس به
وقد أخرجه ابن ماجه من طريقه وكذا الطبراني والبيهقي في شعب الإيمان
Ibn al-Jauzi meriwayatkan daripada Jabir secara marfu' (yang disandarkan kepada Nabi SAW) beliau berkata : Hadith ini tidak sahih.
Dalam sanadnya terdapat perawi bernama Yusuf bin Muhammad bin al-Munkadir yang dihukumkan sebagai matruk.
Al-Suyuthi berkata di dalam kitabnya al-La’ali : Abu Zur’ah menghukumkan Muhammad bin al-Munkadir sebagai Salih al-Hadith, Ibn Adi berkata : aku berharap beliau sebagai la ba’sa bihi.
Ibn Majah meriwayatkan daripada jalan riwayatnya. Demikian juga al-Tabarani dan al-Baihaqi di dalam kitab Syuab al-Iman
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.