Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: " أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ قَالَ: قَالَتْ أُمُّ سليمان ابن دَاوُدَ لَهُ: يَا بُنَيَّ لا تُكْثِرِ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَإِنَّ كَثْرَةَ النَّوْمِ بِاللَّيْلِ تَدَعُ الرَّجُلَ فَقِيرًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ"
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Adalah Nabi SAW berkata: Ibu Sulaiman bin Daud berkata kepada anaknya: Wahai anakku, janganlah banyak tidur pada malam hari kerana banyak tidur di malam hari menjadikan seseorang fakir pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 35, hadis no. 76. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن الجوزي عن جابر مرفوعا وقال: لا يصح وفي إسناده: يوسف ابن محمد بن المنكدر متروك قال في اللآلىء: قال فيه أبو زرعة: صالح الحديث, وقال ابن عدي: أرجو أنه لا بأس به وقد أخرجه ابن ماجه من طريقه وكذا الطبراني والبيهقي في شعب الإيمان
Ibn al-Jauzi meriwayatkan daripada Jabir secara marfu' (yang disandarkan kepada Nabi SAW) beliau berkata: Hadith ini tidak sahih. Dalam sanadnya terdapat perawi bernama Yusuf bin Muhammad bin al-Munkadir yang dihukumkan sebagai matruk. Al-Suyuthi berkata di dalam kitabnya al-La’ali: Abu Zur’ah menghukumkan Muhammad bin al-Munkadir sebagai Salih al-Hadith, Ibn Adi berkata: aku berharap beliau sebagai la ba’sa bihi. Ibn Majah meriwayatkan daripada jalan riwayatnya. Demikian juga al-Tabarani dan al-Baihaqi di dalam kitab Syuab al-Iman
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman