Wahai anak saudaraku! Sesungguhnya pada hari ini sesiapa yang dapat mengawal pendengaran

TEKS BAHASA ARAB

يا ابن أخي! إن هذا يوم؛ من ملك فيه سمعه وبصره ولسانه غفر له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai anak saudaraku! Sesungguhnya pada hari ini sesiapa yang dapat mengawal pendengaran, penglihatan dan lidahnya, dia akan diampunkan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 811, hadis nombor 4181. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس –رضي الله عنهما- قال: كان فلان (وفي رواية: الفضل بن عباس) رديف رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يوم عرفة، قال: فجعل الفتى يلاحظ النساء وينظر إليهن. قال: وجعل رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يصرف وجهه بيده من خلفه مرارا. قال: وجعل الفتى يلاحظ إليهن. قال: فقال له رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((يا ابن أخي إن هذا يوم من ملك فيه سمعه وبصره ولسانه غفر له)).
[ابن خزيمة، حم، ع، ابن أبي الدنيا في ((الصمت))، طب، هب، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5960)].

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Seorang lelaki (dalam riwayat: al-Fadhl bin Abbas) yang menunggang bersama Rasulullah SAW pada hari Arafah. Dia berkata: Lalu pemuda itu melihat-lihat dan memandang kepada wanita. Dia berkata: “Lalu Rasulullah SAW memusingkan wajah pemuda itu dari belakang dengan tangannya. Dia berkata: Lalu pemuda itu memandang lagi kepada wanita-wanita itu. Dia berkata: Lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya: “Wahai anak saudaraku! Sesungguhnya pada hari ini sesiapa yang dapat mengawal pendengaran, penglihatan dan lidahnya, dia akan diampunkan.”
[Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Sahih, Ahmad bin Hanbal dalam Musnad, Abi Ya’la dalam Musnad, Ibn Abi al-Dunya dalam al-Samt, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, al-Baihaqi dalam Syuab al-Iman, al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5960]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs