TEKS BAHASA ARAB
يا ابن أخي! إن هذا يوم، من ملك فيه سمعه وبصره ولسانه، غفر له.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai anak saudaraku! Sesungguhnya hari ini, sesiapa yang dapat menjaga pendengaran, penglihatan serta lidahnya, dia akan diampunkan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 757, hadis nombor 3874. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: كان فلان (وفي رواية: الفضل بن عباس) رديف رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عرفة، قال: فجعل الفتى يلاحظ النساء وينظر إليهن. قال: وجعل رسول الله صلى الله عليه وسلم يصرف وجهه بيده من خلفه مراراً. قال: وجعل الفتى يلاحظ إليهن. قال: فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((يا ابن أخي! إن هذا يوم، من ملك فيه سمعه وبصره ولسانه، غفر له)).
[ابن خزيمة، حم، ع، ابن أبي الدنيا في ((الصمت))، طب، هب، ابو القاسم الأصبحاني، ((الضعيفة)) (5960)]
(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Fulan (dalam riwayat: al-Fadhl bin Abbas) menunggang bersama Rasulullah SAW pada hari Arafah. Beliau berkata: Pemuda itu melihat dan memandang para wanita. Beliau berkata: Lalu Rasulullah SAW memusingkan wajahnya dengan tangan baginda dari belakang beberapa kali. Beliau berkata: Namun pemuda itu tetap memandang lagi kepada wanita-wanita itu. beliau berkata: Lalu Rasulullah SAW bersabda kepadanya “Wahai anak saudaraku! Sesungguhnya hari ini, sesiapa yang dapat menjaga pendengaran, penglihatan serta lidahnya, dia akan diampunkan.”
[Riwayat Sahih Ibn Khuzaimah, Musnad Ahmad bin Hanbal, Musnad Abu Ya’la, Ibn Abi al-Dunya dalam al-Samt, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman dan Abu al-Qasim al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5960]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.