Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا ابنَ أخي! إنَّ هذا يومٌ؛ مَن ملَكَ فيهِ سمعَهُ وبصرَهُ ولسانَهُ غفرَ لَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai anak saudaraku! Sesungguhnya hari ini, sesiapa yang dapat menjaga pendengaran, penglihatan serta lidahnya, dia akan diampunkan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 757, hadis no. 3874. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Fulan (dalam riwayat: al-Fadhl bin Abbas) menunggang bersama Rasulullah SAW pada hari Arafah. Beliau berkata: Pemuda itu melihat dan memandang para wanita. Beliau berkata: Lalu Rasulullah SAW memusingkan wajahnya dengan tangan baginda dari belakang beberapa kali. Beliau berkata: Namun pemuda itu tetap memandang lagi kepada wanita-wanita itu. beliau berkata: Lalu Rasulullah SAW bersabda kepadanya “Wahai anak saudaraku! Sesungguhnya hari ini, sesiapa yang dapat menjaga pendengaran, penglihatan serta lidahnya, dia akan diampunkan.” [Riwayat Sahih Ibn Khuzaimah, Musnad Ahmad bin Hanbal, Musnad Abu Ya’la, Ibn Abi al-Dunya dalam al-Samt, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman dan Abu al-Qasim al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5960]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman