Wahai anak perempuanku! Bangunlah kamu dan carilah rezeki Tuhanmu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا بنية قومى فاشهدى رزق ربك عز وجل ولا تكونى من الغافلين، فإن اللَّه تعالى يقسم أرزاق العباد ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai anak perempuanku! Bangunlah kamu dan carilah rezeki Tuhanmu dan janganlah kamu menjadi orang yang lalai. Sesungguhnya Allah membahagikan rezeki-rezeki manusia antara terbit fajar sehingga terbit matahari.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 628, hadis nombor 3269. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن فاطمة بنت النبي صلى اللَّه عليه وسلم قالت: مر بى رسول اللَّه -صلى اللَّه عليه وسلم- وأنا مضطجعة ‌متصبحة فحركنى برجله وقال: ((يا بنية قومى فاشهدى رزق ربك ولا تكونى من الغافلين، فإن اللَّه تعالى يقسم أرزاق العباد ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس)). [ابن بشران في ((الأمالي)) هب، ((الضعيفة)) (5170)].

(Palsu)
Daripada Fatimah binti Muhammad SAW RA beliau berkata: Rasulullah SAW sedang berjalan melintasi dan aku sedang berbaring tidur siang lalu baginda mengejutkanku dengan kaki baginda lalu bersabda: “Wahai anak perempuanku! Bangunlah kamu dan carilah rezeki Tuhanmu dan janganlah kamu menjadi orang yang lalai. Sesungguhnya Allah membahagikan rezeki-rezeki manusia antara terbit fajar sehingga terbit matahari.”
[Riwayat Ibn Bushran dalam al-Amali dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5170].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.