Wahai anak muda, ucapkanlah La ilaha illa Allah (tiada tuhan selain Allah))

TEKS BAHASA ARAB

((يا غلام ! قل: (لا إله إلا الله)، قال: لا أستطيع أن أقولها، قال: ((ولم؟)) قال : لعقوق والدتي، قال: ((أحية هي؟)) قال: نعم، قال: ((أرسلوا إليها))، فارسلوا إليها؛ فجاءت، فقال لها – صلى الله عليه وسلم -: ((ابنك هو؟)) قالت: نعم. قال: ((أرأيت لو أن ناراً أججت؛ فقيل لك: إن لم تشفعي له قذفناه في هذه النار))!؟ قالت: إذا كنت أشفع له، قال: ((فأشهدي الله، وأشهدينا معك بأنك قد رضيت)). قالت: قد رضيت عن ابني، قال: ((يا غلام! قل: (لا إله إلا الله) )). فقال: (لا إله إلا الله) ، فقال – صلى الله عليه وسلم -:((الحمد لله الذي أنقذه من النار)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW lalu berkata: ‘’Wahai Rasulullah, sesungguhnya di sini terdapat seorang anak muda yang hampir meninggal dunia.’’ Lalu dikatakan kepadanya: “Ucapkanlah لا إله إلا الله", namun dia tidak mampu untuk menyebutnya. Baginda SAW bersabda: ((Bukankah dia telah menyebutkannya semasa hayatnya?)) Lalu mereka telah menjawab: “Benar.” Baginda SAW telah bersabda: ((Maka apakah yang menghalangnya daripadanya (mengucapkan) ketika dia hendak meninggal dunia?)). Ibn Abū Awfā RA telah berkata: “Rasulullah SAW bangkit dan kami juga bangkit bersama Baginda SAW, sehinggalah Baginda SAW sampai kepada anak muda tersebut lalu bersabda: ((Wahai anak muda, ucapkanlah La ilaha illa Allah (tiada tuhan selain Allah)). Lalu anak muda itu telah menjawab: “Aku tidak mampu untuk mengucapkannya.” Rasulullah telah bertanya: ((Mengapa?)) Budak itu telah menjawab: “Kerana aku menderhakai ibuku.” Lalu Baginda SAW telah bertanya: ((Adakah dia masih hidup?)) Budak itu telah berkata: “Ya.” Kemudian Baginda SAW telah bersabda: ((Panggillah dia. Lalu ibunya pun datang. Nabi SAW telah bertanya kepadanya: ‘’Adakah dia anak lelaki kamu?’’ Wanita itu telah menjawab: ‘’Ya.’’ Baginda SAW telah bertanya: ((Apa pendapat kamu sekiranya api itu sedang menggelegak, kemudian dikatakan kepada kamu: “Sekiranya kamu tidak memberi syafaat kepadanya, kami akan campakkan dia ke dalam api ini?)) Baginda SAW telah bersabda: ((Bersaksilah kamu kepada Allah SWT, dan kami juga bersaksi bersama kamu bahawa kamu telah reda.)) Kemudian wanita itu telah berkata: “Aku telah reda ke atas anakku.” Baginda SAW telah bersabda:((Wahai anak muda, ucapkanlah La ilaha illa Allah.” Maka budak itu pun mengucapkan La ilaha illa Allah. Kemudian Rasulullah SAW telah bersabda: ((Segala puji bagi Allah SWT yang telah menyelamatkan dia daripada neraka)).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 60 – 61, hadis nombor 268. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن أبي أوفى – رضي الله عنه -، قال: جاء رجل إلى النبي – صلى الله عليه وسلم – فقال: يا رسول الله! إن هاهنا غلاماً قد احتضر؛ يقال له: قل: (لا إله إلا الله) ، فلا يستطيع أن يقولها. قال: ((أليس قد كان يقولها في حياته؟)) قالوا: بلى، قال: ((فما منعه منها عند موته؟)). ((يا غلام ! قل: ((لا إله إلا الله)) ، قال: لا أستطيع أن أقولها، قال: ((ولم؟)) قال : لعقوق والدتي، قال: ((أحية هي؟)) قال: نعم، قال : ((أرسلوا إليها))، فارسلوا إليها؛ فجاءت، فقال لها – صلى الله عليه وسلم -: ((ابنك هو؟)) قالت: نعم. قال: ((أرأيت لو أن ناراً أججت؛ فقيل لك: إن لم تشفعي له قذفناه في هذه النار))!؟ قالت: إذا كنت أشفع له، قال: ((فأشهدي الله، وأشهدينا معك بأنك قد رضيت)). قالت: قد رضيت عن ابني، قال: ((يا غلام! قل: (لا إله إلا الله) )). فقال: (لا إله إلا الله) ، فقال – صلى الله عليه وسلم -:((الحمد لله الذي أنقذه من النار)). [عق، هب، ابن الجوزي، الخرائطي في ((مساوئ الأخلاق))، الرافعي، البيهقي في ((دلائل النبوة))، ((الضعيفة)) (3183)].

(Palsu)
Daripada ‘Abdullah ibn Abū Awfā RA telah berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW lalu berkata: ‘’Wahai Rasulullah, sesungguhnya di sini terdapat seorang anak muda yang hampir meninggal dunia.’’ Lalu dikatakan kepadanya: “Ucapkanlah لا إله إلا الله", namun dia tidak mampu untuk menyebutnya. Baginda SAW bersabda: ((Bukankah dia telah menyebutkannya semasa hayatnya?)) Lalu mereka telah menjawab: “Benar.” Baginda SAW telah bersabda: ((Maka apakah yang menghalangnya daripadanya (mengucapkan) ketika dia hendak meninggal dunia?)). Ibn Abū Awfā RA telah berkata: “Rasulullah SAW bangkit dan kami juga bangkit bersama Baginda SAW, sehinggalah Baginda SAW sampai kepada anak muda tersebut lalu bersabda: ((Wahai anak muda, ucapkanlah La ilaha illa Allah (tiada tuhan selain Allah)). Lalu anak muda itu telah menjawab: “Aku tidak mampu untuk mengucapkannya.” Rasulullah telah bertanya: ((Mengapa?)) Budak itu telah menjawab: “Kerana aku menderhakai ibuku.” Lalu Baginda SAW telah bertanya: ((Adakah dia masih hidup?)) Budak itu telah berkata: “Ya.” Kemudian Baginda SAW telah bersabda: ((Panggillah dia. Lalu ibunya pun datang. Nabi SAW telah bertanya kepadanya: ‘’Adakah dia anak lelaki kamu?’’ Wanita itu telah menjawab: ‘’Ya.’’ Baginda SAW telah bertanya: ((Apa pendapat kamu sekiranya api itu sedang menggelegak, kemudian dikatakan kepada kamu: “Sekiranya kamu tidak memberi syafaat kepadanya, kami akan campakkan dia ke dalam api ini?)) Baginda SAW telah bersabda: ((Bersaksilah kamu kepada Allah SWT, dan kami juga bersaksi bersama kamu bahawa kamu telah reda.)) Kemudian wanita itu telah berkata: “Aku telah reda ke atas anakku.” Baginda SAW telah bersabda:((Wahai anak muda, ucapkanlah La ilaha illa Allah.” Maka budak itu pun mengucapkan La ilaha illa Allah. Kemudian Rasulullah SAW telah bersabda: ((Segala puji bagi Allah SWT yang telah menyelamatkan dia daripada neraka)).
[Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn al-Jawzī Dalam al-Mawḍū‘āt, al-Kharā’iṭī dalam Masāwi’ al-Akhlāq, al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān dan Dalā'il al-Nubuwwah, dan al-Rāfi‘ī dalam Tārikhnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3183].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs