Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا غلامُ ! قل: ( لا إله إلا اللهُ )، قال: لا أستطيعُ أنْ أقولَها، قال: ولِمَ؟ قال: لِعقوقِ والدتي، قال: أَحَيَّةٌ هِيَ؟ قال: نعم، قال: أرسِلوا إليها، فأرسَلوا إليها؛ فجاءت، فقال لها صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم: ابنُكِ هو؟ قالت: نعم. قال: أرأيتِ لو أنَّ نارًا أُجِّجَتْ؛ فقيل لكِ: إنْ لم تَشْفَعي له قَذفناه في هذه النارِ!؟ قالت: إذَنْ كنتُ أَشْفَعُ له، قال: فأَشْهِدِي اللهَ، وأَشْهِدينا مَعَكِ بأنكِ قَدْ رَضِيتِ . قالت: قَدْ رَضِيتُ عَنِ ابني ، قال: يا غلامُ ! قل: (لا إله إلا اللهُ). فقال: ( لا إله إلا اللهُ)، فقال: (الحمدُ للهِ الذي أنقذه مِنَ النارِ).
Teks Bahasa Melayu
Seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW lalu berkata: ‘’Wahai Rasulullah, sesungguhnya di sini terdapat seorang anak muda yang hampir meninggal dunia.’’ Lalu dikatakan kepadanya: “Ucapkanlah لا إله إلا الله", namun dia tidak mampu untuk menyebutnya. Baginda SAW bersabda: ((Bukankah dia telah menyebutkannya semasa hayatnya?)) Lalu mereka telah menjawab: “Benar.” Baginda SAW telah bersabda: ((Maka apakah yang menghalangnya daripadanya (mengucapkan) ketika dia hendak meninggal dunia?)). Ibn Abū Awfā RA telah berkata: “Rasulullah SAW bangkit dan kami juga bangkit bersama Baginda SAW, sehinggalah Baginda SAW sampai kepada anak muda tersebut lalu bersabda: ((Wahai anak muda, ucapkanlah La ilaha illa Allah (tiada tuhan selain Allah)). Lalu anak muda itu telah menjawab: “Aku tidak mampu untuk mengucapkannya.” Rasulullah telah bertanya: ((Mengapa?)) Budak itu telah menjawab: “Kerana aku menderhakai ibuku.” Lalu Baginda SAW telah bertanya: ((Adakah dia masih hidup?)) Budak itu telah berkata: “Ya.” Kemudian Baginda SAW telah bersabda: ((Panggillah dia. Lalu ibunya pun datang. Nabi SAW telah bertanya kepadanya: ‘’Adakah dia anak lelaki kamu?’’ Wanita itu telah menjawab: ‘’Ya.’’ Baginda SAW telah bertanya: ((Apa pendapat kamu sekiranya api itu sedang menggelegak, kemudian dikatakan kepada kamu: “Sekiranya kamu tidak memberi syafaat kepadanya, kami akan campakkan dia ke dalam api ini?)) Baginda SAW telah bersabda: ((Bersaksilah kamu kepada Allah SWT, dan kami juga bersaksi bersama kamu bahawa kamu telah reda.)) Kemudian wanita itu telah berkata: “Aku telah reda ke atas anakku.” Baginda SAW telah bersabda:((Wahai anak muda, ucapkanlah La ilaha illa Allah.” Maka budak itu pun mengucapkan La ilaha illa Allah. Kemudian Rasulullah SAW telah bersabda: ((Segala puji bagi Allah SWT yang telah menyelamatkan dia daripada neraka)).
Sahabat Perawi
- ‘Abdullah bin Abū Awfā RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 60 - 61, hadis no. 268. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد الله بن أبي أوفى - رضي الله عنه -، قال: جاء رجل إلى النبي - صلى الله عليه وسلم - فقال: يا رسول الله! إن هاهنا غلاماً قد احتضر؛ يقال له: قل: (لا إله إلا الله) ، فلا يستطيع أن يقولها. قال: ((أليس قد كان يقولها في حياته؟)) قالوا: بلى، قال: ((فما منعه منها عند موته؟)). ((يا غلام ! قل: ((لا إله إلا الله)) ، قال: لا أستطيع أن أقولها، قال: ((ولم؟)) قال : لعقوق والدتي، قال: ((أحية هي؟)) قال: نعم، قال : ((أرسلوا إليها))، فارسلوا إليها؛ فجاءت، فقال لها - صلى الله عليه وسلم -: ((ابنك هو؟)) قالت: نعم. قال: ((أرأيت لو أن ناراً أججت؛ فقيل لك: إن لم تشفعي له قذفناه في هذه النار))!؟ قالت: إذا كنت أشفع له، قال: ((فأشهدي الله، وأشهدينا معك بأنك قد رضيت)). قالت: قد رضيت عن ابني، قال: ((يا غلام! قل: (لا إله إلا الله) )). فقال: (لا إله إلا الله) ، فقال - صلى الله عليه وسلم -:((الحمد لله الذي أنقذه من النار)). [عق، هب، ابن الجوزي، الخرائطي في ((مساوئ الأخلاق))، الرافعي، البيهقي في ((دلائل النبوة))، ((الضعيفة)) (3183)].
(Palsu) Daripada ‘Abdullah ibn Abū Awfā RA telah berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW lalu berkata: ‘’Wahai Rasulullah, sesungguhnya di sini terdapat seorang anak muda yang hampir meninggal dunia.’’ Lalu dikatakan kepadanya: “Ucapkanlah لا إله إلا الله", namun dia tidak mampu untuk menyebutnya. Baginda SAW bersabda: ((Bukankah dia telah menyebutkannya semasa hayatnya?)) Lalu mereka telah menjawab: “Benar.” Baginda SAW telah bersabda: ((Maka apakah yang menghalangnya daripadanya (mengucapkan) ketika dia hendak meninggal dunia?)). Ibn Abū Awfā RA telah berkata: “Rasulullah SAW bangkit dan kami juga bangkit bersama Baginda SAW, sehinggalah Baginda SAW sampai kepada anak muda tersebut lalu bersabda: ((Wahai anak muda, ucapkanlah La ilaha illa Allah (tiada tuhan selain Allah)). Lalu anak muda itu telah menjawab: “Aku tidak mampu untuk mengucapkannya.” Rasulullah telah bertanya: ((Mengapa?)) Budak itu telah menjawab: “Kerana aku menderhakai ibuku.” Lalu Baginda SAW telah bertanya: ((Adakah dia masih hidup?)) Budak itu telah berkata: “Ya.” Kemudian Baginda SAW telah bersabda: ((Panggillah dia. Lalu ibunya pun datang. Nabi SAW telah bertanya kepadanya: ‘’Adakah dia anak lelaki kamu?’’ Wanita itu telah menjawab: ‘’Ya.’’ Baginda SAW telah bertanya: ((Apa pendapat kamu sekiranya api itu sedang menggelegak, kemudian dikatakan kepada kamu: “Sekiranya kamu tidak memberi syafaat kepadanya, kami akan campakkan dia ke dalam api ini?)) Baginda SAW telah bersabda: ((Bersaksilah kamu kepada Allah SWT, dan kami juga bersaksi bersama kamu bahawa kamu telah reda.)) Kemudian wanita itu telah berkata: “Aku telah reda ke atas anakku.” Baginda SAW telah bersabda:((Wahai anak muda, ucapkanlah La ilaha illa Allah.” Maka budak itu pun mengucapkan La ilaha illa Allah. Kemudian Rasulullah SAW telah bersabda: ((Segala puji bagi Allah SWT yang telah menyelamatkan dia daripada neraka)). [Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn al-Jawzī Dalam al-Mawḍū‘āt, al-Kharā’iṭī dalam Masāwi’ al-Akhlāq, al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān dan Dalā'il al-Nubuwwah, dan al-Rāfi‘ī dalam Tārikhnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3183].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman