Wahai anak muda! Hulurkan kepadaku seliparku

TEKS BAHASA ARAB

يا بني! ناولني نعلي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai anak muda! Minta hulurkan kepadaku seliparku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1647-1648, hadis nombor 8327. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ثابت البناني، قال : كان صلى الله عليه وسلم إذا جلسَ يتحدثُ؛ يخلغ نعليه. فخلعهما يوماً، وجلس يتحدث، فلما قضى حديثه؛ قال لغلام من الأنصار: ((يا بني! ناولني نعلي)). فقال غلام من الأنصار: "دعني فَلأُنعلكَ". قال: ((شأنك فافعل )). فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((اللهم! إن عبدك يتحبب إليك؛ فأحبه )). [هب، ((الضعيفة)) (6635)].

(Lemah)
Daripada Thabit al-Bunani, beliau berkata: Adapun Nabi SAW apabila duduk dan menyampaikan sesuatu, Baginda akan menanggalkan selipar Baginda. Pada satu hari, Baginda membuka kedua seliparnya dan duduk menyampaikan. Setelah selesai, Baginda berkata kepada seorang pemuda dari al-Ansar: ((Wahai anak muda! berikan kepadaku seliparku)). Seorang pemuda dari Ansar berkata: "Biarkan aku memakaikan kepadamu seliparmu". Baginda berkata: ((Jika itu yang kamu inginkan maka lakukanlah)). Lalu Rasulullah SAW bersabda: ((Ya Allah! Jika hamba-Mu ini menunjukkan kasihnya kepada-Mu maka Engkau sayangilah dia)).
[Riwayat al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6635].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

[tags menyampaikan, menanggalkan, selipar, selesai, membuka, hulurkan, seliparku, ==

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs