TEKS BAHASA ARAB
إن الله تعالى يقول: يا ابن آدم أودع من كنزك عندي ولا حرق ولا غرق ولا سرق أوفيكه أحوج ما تكون إليه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai anak Adam! Tinggalkan simpanan kamu di sisi-Ku. Ia tidak akan terbakar, tidak akan tenggelam, dan tidak akan dicuri. Aku akan berikannya kepada engkau pada saat engkau sangat memerlukannya.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 902, hadis nombor 4624. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن الحسن قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الله تعالى يقول: يا ابن آدم أودع من كنزك عندي ولا حرق ولا غرق ولا سرق أو فيكه أحوج ما تكون إليه. [هب, الضعيفة (7103)]
(Munkar) Daripada Al-Hassan, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Wahai anak Adam! Tinggalkan simpanan kamu di sisi-Ku. Ia tidak akan terbakar, tidak akan tenggelam, dan tidak akan dicuri. Aku akan berikannya kepada engkau pada saat engkau sangat memerlukannya. [Al-Baihaqi di dalam Syu’ab Al-Iman, Al-Dha’ifah no 7103].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.