Wahai anak Adam! Taatilah Tuhanmu lalu engkau digelar seorang yang alim

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ابن آدم! أطع ربك تسمى عالما، ولا تعصه فتسمى جاهلا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai anak Adam! Taatilah Tuhanmu lalu engkau digelar seorang yang alim, dan janganlah engkau menderhakai-Nya lalu engkau digelar seorang yang jahil.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1977, hadis nombor 9893. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة وأبي سعيد الخدري -رضي الله عنهما-، قالا: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ابن آدم! أطع ربك تسمى عالما، ولا تعصه فتسمى جاهلا)).
[حل، الخطيب في ((الفوائد الصحاح والغرائب))، ((الضعيفة)) (1714)]

(Palsu) Daripada Abū Hurairah RA dan Abū Sa‘īd RA, mereka berdua berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai anak Adam! Taatilah Tuhanmu lalu engkau digelar seorang yang alim, dan janganlah engkau menderhakai-Nya lalu engkau digelar seorang yang jahil.
[Riwayat Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’, Khaṭīb al-Baghdādī dalam al-Fawāid al-Muntakhabah al-Ṣiḥāḥ wa al-Gharāib. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1714]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.