Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ابنُ آدمَ! أطِع ربَّك تُسمَّى عالمًا، و لا تعصِه فتُسمَّى جاهلًا.
Teks Bahasa Melayu
Wahai anak Adam! Taatilah Tuhanmu lalu engkau digelar seorang yang alim, dan janganlah engkau menderhakai-Nya lalu engkau digelar seorang yang jahil.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1977, hadis no. 9893. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة وأبي سعيد الخدري -رضي الله عنهما-، قالا: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ابن آدم! أطع ربك تسمى عالما، ولا تعصه فتسمى جاهلا)). [حل، الخطيب في ((الفوائد الصحاح والغرائب))، ((الضعيفة)) (1714)]
(Palsu) Daripada Abū Hurairah RA dan Abū Sa‘īd RA, mereka berdua berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai anak Adam! Taatilah Tuhanmu lalu engkau digelar seorang yang alim, dan janganlah engkau menderhakai-Nya lalu engkau digelar seorang yang jahil. [Riwayat Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’, Khaṭīb al-Baghdādī dalam al-Fawāid al-Muntakhabah al-Ṣiḥāḥ wa al-Gharāib. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1714]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman