TEKS BAHASA ARAB
يا ابن آدم! فرغ من كنزك عندي، ولا حرق ولا غرق ولا سرق، أوفيكه أحوج ما تكون إليه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rasulullah SAW meriwayatkan dari Allah Azza wa Jalla bahawa Dia berfirman: “Wahai anak Adam! Telah kosong dari khazanahmu di sisiku, tidak ada kebakaran, tenggelam dan kecurian. Aku akan cukupkan untuk kamu apa yang paling kau perlukan.”
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 631, hadis nombor 3281. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الحسن، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم يروي ذلك عن ربه – عز وجل – أنه يقول: ((يا ابن آدم! فرغ من كنزك عندي، ولا حرق ولا غرق ولا سرق، أوفيكه أحوج ما تكون إليه)). [هب، ((الضعيفة)) (5804)].
(Lemah)
Daripada al-Hasan RA beliau berkata: Rasulullah SAW meriwayatkan dari Allah Azza wa Jalla bahawa Dia berfirman: “Wahai anak Adam! Telah kosong dari khazanahmu di sisiku, tidak ada kebakaran, tenggelam dan kecurian. Aku akan cukupkan untuk kamu apa yang paling kau perlukan.”
[Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5804]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.