Wahai anak Adam, dua perkara yang aku jadikan yang setiap dari kamu tidak akan mendapatkan kecuali salah satu daripadanya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

قال الله تعالى : يا ابن آدم ! اثنتان لم تكن لك واحدة منهما : جعلت لك نصيبا من مالك حين أخذت بكظمك لأطهرك به وأزكيك، وصلاة عبادي عليك بعد انقضاء أجلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah Ta’ala berfirman: Wahai anak Adam, dua perkara yang aku jadikan yang setiap dari kamu tidak akan mendapatkan kecuali salah satu daripadanya: Aku menjadikan bagimu bahagian daripada hartamu ketika aku mengambilnya daripada simpananmu untuk aku menyucikan kamu dengannya dan membersihkan kamu, 2) dan solat hamba-hambaku ke atas mu setelah tiba ajalmu.

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 882, hadis nombor 4532. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر-رضي الله عنهما- قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: ([قال الله تعالى:] يا ابن آدم! اثنتان لم تكن لك واحدة منهما: جعلت لك نصيبا من مالك حين أخذت بكظمك لأطهرك به وأزكيك، وصلاة عبادي عليك بعد انقضاء أجلك). [ه،عبد بن حميد، ((الضعيفة)) (4042)]

(Lemah)
Daripada Ibn Umar RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah Ta’ala berfirman: Wahai anak Adam, dua perkara yang aku jadikan yang setiap dari kamu tidak akan mendapatkan kecuali salah satu daripadanya: Aku menjadikan bagimu bahagian daripada hartamu ketika aku mengambilnya daripada simpananmu untuk aku menyucikan kamu dengannya dan membersihkan kamu, 2) dan solat hamba-hambaku ke atas mu setelah tiba ajalmu.
[Riwayat Sunan Ibn Majah, Abd bin Humaid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4042]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.