TEKS BAHASA ARAB
قال الله تعالى: يا ابن آدم! اذكرني بعد الفجر وبعد العصر ساعة؛ أكفك ما بينهما.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Allah Ta‘ala berkata: Wahai anak Adam, berzikirlah (ingatilah) kepada-Ku seketika sesudah solat Subuh dan juga solat Asar. Nescaya Aku akan mencukupkan (keperluan) kamu dalam tempoh masa keduanya itu.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 290, hadis nombor 1520. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه – مرفوعا: «قال الله -تعالى-: يا ابن آدم! اذكرني بعد الفجر وبعد العصر ساعة؛ أكفك ما بينها».
[(عبدالله ابن أحمد في الزوائد الزهده، «الضعيفة» (4031)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah R.A secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah Ta‘ala berkata: Wahai anak Adam, berzikirlah (ingatilah) kepada-Ku seketika sesudah solat Subuh dan juga solat Asar. Nescaya Aku akan mencukupkan (keperluan) kamu dalam tempoh masa keduanya itu.
[Riwayat Abdullah Ibn Ahmad dalam Zawaid al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4031]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.