Wahai anak Adam! Aku telah memberikan dua perkara kepada kamu yang mana kamu tidak layak untuk mendapatnya

TEKS BAHASA ARAB

يا ابن آدم ! اثنتان لم تكن لك واحدة منهما : جعلت لك نصيبا من مالك حين أخذت بكظمك لأطهرك به وأزكيك، وصلاة عبادي عليك بعد انقضاء أجلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

(Allah Ta’ala berkata): Wahai anak Adam! Aku telah memberikan dua perkara kepada kamu yang mana kamu tidak layak untuk mendapatnya (melainkan dengan rahmat Allah). Aku membenarkan kamu membuang sebahagian dari harta kamu ketika kamu berada di pembaringan (menanti kematian) supaya Aku dapat mensucikan dan membersihkan kamu dengannya. Dan hamba-hamba-Ku mendoakan kamu selepas tamatnya ajalmu (meninggal dunia).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 289, hadis nombor 1519. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر – رضي الله عنها-، قال: قال رسول الله ﷺ: «[قال الله – تعالى – :] يا ابن آدم! اثنتان لم تكن لك واحدة منها: جعلت لك نصيباً من مالك حين أخذت بكظمك لأطهرك به وأزكيك، وصلاة عبادي عليك بعد انقضاء أجلك».
[ه، عبد بن حميد، قط، «الضعيفة» (4042)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: (Allah Ta’ala berkata): Wahai anak Adam! Aku telah memberikan dua perkara kepada kamu yang mana kamu tidak layak untuk mendapatnya (melainkan dengan rahmat Allah). Aku membenarkan kamu membuang sebahagian dari harta kamu ketika kamu berada di pembaringan (menanti kematian) supaya Aku dapat mensucikan dan membersihkan kamu dengannya. Dan hamba-hamba-Ku mendoakan kamu selepas tamatnya ajalmu (meninggal dunia).
[Riwayat Sunan Ibn Majah, ‘Abd bin Humayd, Sunan al-Daraqutni. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4042]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs