Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَا ابْنَ آدَمَ اثْنَتَانِ لَمْ تَكُنْ لَكَ وَاحِدَةٌ مِنْهُمَا جَعَلْتُ لَكَ نَصِيبًا مِنْ مَالِكَ حِينَ أَخَذْتُ بِكَظَمِكَ لأُطَهِّرَكَ بِهِ وَأُزَكِّيَكَ وَصَلاَةُ عِبَادِي عَلَيْكَ بَعْدَ انْقِضَاءِ أَجَلِكَ.
Teks Bahasa Melayu
(Allah Ta’ala berkata): Wahai anak Adam! Aku telah memberikan dua perkara kepada kamu yang mana kamu tidak layak untuk mendapatnya (melainkan dengan rahmat Allah). Aku membenarkan kamu membuang sebahagian dari harta kamu ketika kamu berada di pembaringan (menanti kematian) supaya Aku dapat mensucikan dan membersihkan kamu dengannya. Dan hamba-hamba-Ku mendoakan kamu selepas tamatnya ajalmu (meninggal dunia).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 289, hadis no. 1519. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر - رضي الله عنها-، قال: قال رسول الله ﷺ: «[قال الله - تعالى - :] يا ابن آدم! اثنتان لم تكن لك واحدة منها: جعلت لك نصيباً من مالك حين أخذت بكظمك لأطهرك به وأزكيك، وصلاة عبادي عليك بعد انقضاء أجلك». [ه، عبد بن حميد، قط، «الضعيفة» (4042)]
(Daif) Daripada Ibn ‘Umar RA beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: (Allah Ta’ala berkata): Wahai anak Adam! Aku telah memberikan dua perkara kepada kamu yang mana kamu tidak layak untuk mendapatnya (melainkan dengan rahmat Allah). Aku membenarkan kamu membuang sebahagian dari harta kamu ketika kamu berada di pembaringan (menanti kematian) supaya Aku dapat mensucikan dan membersihkan kamu dengannya. Dan hamba-hamba-Ku mendoakan kamu selepas tamatnya ajalmu (meninggal dunia). [Riwayat Sunan Ibn Majah, ‘Abd bin Humayd, Sunan al-Daraqutni. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4042]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman