Wahai Ammar, kamu akan dibunuh oleh satu kumpulan pelampau sedangkan ketika itu kamu bersama kebenaran dan kebenaran bersamamu

TEKS BAHASA ARAB

وسمعت رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم يقول لعمار: يا عمار: تقتلك الفئة الباغية، وأنت إذ ذاك مع الحق، والحق معك، يا عمار بن ياسر: إن رأيت عليا قد سلك واديا، وسلك الناس واديا غيره، فاسلك مع علي

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Aku juga mendengar Rasulullah SAW berkata kepada Ammar: Wahai Ammar, kamu akan dibunuh oleh satu kumpulan pelampau sedangkan ketika itu kamu bersama kebenaran dan kebenaran bersamamu. Wahai Ammar bin Yasir: Jika kamu melihat Ali melalui satu lembah, manakala manusia melalui lembah yang lain, maka kamu berjalanlah bersama Ali.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 400, hadis nombor 141. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن الجوزي: هو موضوع، وفي إسناده: المعلى بن عبد الرحمن، وهو وضاع، وفيه أيضا: أن أبا أيوب لم يشهد صفين، وقد روى من طريق أخرى فيها وضاع، وله طريق أخرى، رواها الحاكم في الأربعين. ورواه أيضا الطبراني، والخطيب، وغيرهما، مقتصرين علي أول الحديث. وأما حديث: تقتل عمارا الفئة الباغية. فهو في صحيح البخاري.

Ibn al-Jauzi berkata: Ia adalah palsu. Pada sanadnya terdapat al-Mu’alla bin Abd al-Rahman, seorang pemalsu hadith. Padanya juga: Abu Ayyub tidak terlibat dengan perang Siffin. Diriwayatkan daripada jalan yang lain padanya ada pemalsu hadith. Baginya juga ada jalan yang lain yang diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Arbain. Diriwayatkan juga oleh al-Tabarani, al-Khatib dan selain mereka berdua, secara ringkas dengan awal hadis sahaja. Adapun hadith: Kumpulan pelampau akan membunuh Ammar. Ia ada dalam Sahih al-Bukhari.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs