Wahai Allah, Yang memberikan kekenyangan kepada kelaparan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اللهم! مشبع الجوعة،[ وقاضي الحاجة ] ورافع الوضعة، لا تجع فاطمة بنت محمد صلى الله عليه وسلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Allah, Yang memberikan kekenyangan kepada kelaparan, Yang memperkenankan hajat, Yang mengangkat segala kepayahan. Jangan Engkau biarkan Fatimah Binti Muhammad SAW kelaparan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1903 hadis nombor 9560. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عمران بن حصين – رضي الله عنه -، قال: كنت مع رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قاعدا، إذ أقبلت فاطمة رحمها الله، فوقفت بين يديه، فنظرت إليها، وقد ذهب الدم من وجهها، وغلبت الصفرة من شدة الجوع، قال: فنظر إليها رسول الله، فقال: ادني يا فاطمة! فدنت حتى قامت بين يديه، فرفع يده، فوضعها على صدرها في موضع القلادة، وفرج بين أصابعه، ثم قال: اللهم مشبع الجوعة، وقاضي الحاجة، ورافع الوضعة، لا تجع فاطمة بنت محمد – صلى الله عليه وسلم. قال عمران: فنظرت إليها، وقد غلب الدم على وجهها وذهبت الصفرة، كما كانت الصفرة قد غلبت على الدم. قال عمران: فلقيتها بعد، فسألتها فقالت: ما جعت بعد يا عمران!
[الطبري في ((تهذيب الآثار))، طس، ((الضعيفة)) (5523)]

(Lemah)
Daripada Imran Bin Husain RA, beliau berkata: Aku bersama Rasulullah SAW dalam keadaan duduk. Lalu Fatimah datang dan berhenti di hadapan Baginda. Aku melihat kepada Fatimah, darah sudah hilang dari wajah beliau. Ia menjadi kekuningan kerana terlalu lapar. Imran berkata: Rasulullah SAW melihat kepada beliau lalu Baginda bersabda: Ke marilah wahai Fatimah. Maka Fatimah mendekati Rasulullah sehingga beliau berdiri di hadapan Baginda. Lantas Rasulullah mengangkat tangan Baginda dan meletakkannya di dada Fatimah iaitu di tempat tergantungnya rantai dan Baginda meregangkan jari-jari Baginda. Baginda berdoa: Wahai Allah, Yang memberikan kekenyangan kepada kelaparan, Yang memperkenankan hajat, Yang mengangkat segala kepayahan. Jangan Engkau biarkan Fatimah Binti Muhammad SAW kelaparan. Imran berkata: Aku melihat ke wajah Fatimah, darah mula kembali dan warna kekuningan hilang dari wajahnya sepertimana warna kekuningan mengatasi warna darah. Imran berkata: Selepas daripada itu aku berjumpa dengan Fatimah dan bertanya kepada beliau. Fatimah berkata: Aku tidak pernah kelaparan selepas itu wahai Imran.
[Riwayat al-Tabari dalam Tahzib al-Atsar dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5523]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.