Wahai Allah, sesungguhnya hamba-Mu ini mencari cinta-Mu, maka cintailah dia

TEKS BAHASA ARAB

اللهم إن عبدك يتحبب إليك فأحبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Allah, sesungguhnya hamba-Mu ini mencari cinta-Mu, maka cintailah dia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1116, hadis nombor 5641. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ثابت البناني قال: كان صلى الله عليه وسلم إذا جلسَ يتحدثُ يخلغ نعليه فخلعهما يومًا وجلس يتحدث فلما قضى حديثه قال لغلام من الأنصار: يا بني ناولني نعلي. فقال غلام من الأنصار: دعني فَلأُنعلكَ. قال: شأنك فافعل. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: اللهم إن عبدك يتحبب إليك فأحبه. [هب، الضعيفة (6635)].

(Lemah) Daripada Thabit al-Bunani, beliau menceritakan : Jika Rasulullah SAW duduk bercerita, Baginda akan menanggalkan capal Baginda. Suatu hari, Baginda menanggalkan capalnya dan berbual-bual. Setelah selesai, Baginda berkata kepada seorang pemuda Ansar: Anakku, tolong hulurkan capalku. Pemuda tersebut berkata: Biar aku yang sarungkan capal kamu. Baginda berkata: Ikut kamu, lakukanlah. Kemudian Baginda berdoa:Wahai Allah, sesungguhnya hamba-Mu ini mencari cinta-Mu, maka cintailah dia. [Riwayat al-Baihaqi dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6635]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs