Wahai Allah, sesungguhnya aku mengharamkan darah Ibn Tha‘labah

TEKS BAHASA ARAB

اللهم إني أحرم دم ابن ثعلبة على المشركين والكفار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Allah, sesungguhnya aku mengharamkan darah Ibn Tha‘labah bagi orang-orang musyrik dan kafir.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1922 hadis nombor 9652. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن ثعلبة رضي الله عنه أنه أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم وقال: ادع الله لي بالشهادة! فقال ﷺ: اللهم إني أحرم دم ابن ثعلبة على المشركين والكفار. فكنت أحمل في عظم (في “المجمع”: عرض) القوم، فيتراءى لي النبي صلى الله عليه وسلم خلفهم. فقالوا: يا ابن ثعلبة (إنك) لتغرر وتحمل على القوم؟ فقال: إن النبي صلى الله عليه وسلم يتراءى لي خلفهم، فأحمل عليهم حتى أقف عنده، ثم يتراءى لي عند أصحابي، فأحمل حتى أكون مع أصحابي، قال: فعمر زمانا من دهره.
[طب، ((الضعيفة)) (6388)]

(Munkar dengan tambahan lafaz jiran)
Daripada Rifa’ah bin Rafi’ al-Zuraqi RA, Beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai Allah ampunkanlah golongan Ansar, zuriat mereka, zuriat kepada zuriat mereka, hamba-hamba mereka dan jiran mereka.
[Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6399]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs