Munkar Dengan Sebutan Penghujung Solat Zohor
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان يدعو في دُبُرِ صلاةِ الظُّهرِ: اللهمَّ خلِّصِ الوليدَ، وسلَمةَ بنَ هشامٍ، وعيَّاش بنَ أبي ربيعةَ، وضعَفةَ المسلمينَ من أيدي المشركين، الذين لَا يَسْتَطِيعُونَ حِيلَةً وَلَا يَهْتَدُونَ سَبِيلًا.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Allah! Lepaskanlah al-Walid, Salamah Bin Hisyam, ‘Ayyash Bin Abu Rabi’ah dan juga orang Islam yang lemah yang berada dalam tawanan orang musyrik yang mana mereka tidak mampu untuk berhelah dan tidak diberikan petunjuk untuk menemui jalan (berhijrah).
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar Dengan Sebutan Penghujung Solat Zohor
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1950, hadis no. 9765. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بذكر دبر صلاة الظهر) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: كان ﷺ يدعو في دبر صلاة الظهر: اللهم خَلّص الوليد، وسلمة بن هشام، وعياش بن أبي ربيعة وضعفة المسلمين من أيدي المشركين الذين لا يستطيعون حيلة ولا يهتدون سبيلا. [ابن جرير، ((الضعيفة)) (6630)]
(Munkar Dengan Sebutan Penghujung Solat Zohor) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Baginda sentiasa berdoa di penghujung solat Zohor: Wahai Allah! Lepaskanlah al-Walid, Salamah Bin Hisyam, ‘Ayyash Bin Abu Rabi’ah dan juga orang Islam yang lemah yang berada dalam tawanan orang musyrik yang mana mereka tidak mampu untuk berhelah dan tidak diberikan petunjuk untuk menemui jalan (berhijrah). [Riwayat Ibn Jarir al-Tabari dalam tafsir. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6630]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman