Wahai Allah, kurniakanlah kefahaman agama kepada orang Quraisy

TEKS BAHASA ARAB

اللهم فقه قريشا في الدين وأذقهم من يومي هذا إلى آخر الدهر نوالا فقد أذقتهم نكالا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Allah, kurniakanlah kefahaman agama kepada orang Quraisy, kurniakanlah ganjaran yang melipah ruah buat mereka sehingga ke akhir masa kerana sebelum ini engkau telah berikan mereka kesusahan.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1125, hadis nombor 5676. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن العباس رضي الله عنه، قال: ما رأيت بعد أبي بكر أوفى من قريش الذين أسلموا بمكة يوم الفتح؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: اللهم فقّه قريشًا في الدين وأذقهم من يومي هذا إلى آخر الدهر نوالًا فقد أذقتهم نكالًا. [البزار، الضعيفة (6788)].

(Sangat lemah) Daripada al-‘Abbas RA, beliau menceritakan: Aku berkata: Wahai Rasulullah, aku dapati tiada yang lebih setia kepada kamu selepas Abu Bakar berbanding orang-orang Quraisy yang masuk Islam ketika pembukaan kota Makkah. Baginda berdoa: Wahai Allah, kurniakanlah kefahaman agama kepada orang Quraisy, kurniakanlah ganjaran yang melimpah ruah buat mereka sehingga ke akhir masa kerana sebelum ini engkau telah berikan mereka kesusahan. [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6788]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs