Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اللهمَّ فَقِّهْ قُرَيْشًا فِي الدِّينِ ، وَأَذِقْهُمْ مِنْ يَوْمِي هَذَا آخِرَ الدَّهْرَِ نُوَالًا ، فَقَدْ أَذَقْتَهُمْ نَكَالًا.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Allah, kurniakanlah kefahaman agama kepada orang Quraisy, kurniakanlah ganjaran yang melipah ruah buat mereka sehingga ke akhir masa kerana sebelum ini engkau telah berikan mereka kesusahan.
Sahabat Perawi
- al-'Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1125, hadis no. 5676. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat lemah) Daripada al-‘Abbas RA, beliau menceritakan: Aku berkata: Wahai Rasulullah, aku dapati tiada yang lebih setia kepada kamu selepas Abu Bakar berbanding orang-orang Quraisy yang masuk Islam ketika pembukaan kota Makkah. Baginda berdoa: Wahai Allah, kurniakanlah kefahaman agama kepada orang Quraisy, kurniakanlah ganjaran yang melimpah ruah buat mereka sehingga ke akhir masa kerana sebelum ini engkau telah berikan mereka kesusahan. [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6788]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman