Wahai Allah, jangan Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata

TEKS BAHASA ARAB

اللهم لا تكلني إلى نفسي طرفة عين، ولا تنزع مني صالح ما أعطيتني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Allah, jangan Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata dan jangan Engkau mencabut mana-mana kebaikan yang telah Engkau kurniakan kepadaku.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1105, hadis nombor 5596. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: كان من دعاء رسول الله صلى الله عليه وسلم: اللَّهُمَّ لَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ وَلَا تَنْزِعْ مِنِّي صَالِحَ مَا أَعْطَيْتَنِي. [البزار، الضعيفة (7052)].

(Sangat lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Antara doa Rasulullah SAW adalah: Wahai Allah, jangan Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata dan jangan Engkau mencabut mana-mana kebaikan yang telah Engkau kurniakan kepadaku. [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 7052]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.