Wahai Allah! Jadikanlah kami antara orang yang mendapat syafaatNya pada hari kiamat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من سمع النداء فقال: أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأن محمدا عبده ورسوله، اللهم صل عليه، وبلغه درجة الوسيلة عندك، واجعلنا في شفاعته يوم القيامة، وجبت له الشفاعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mendengar seruan azan lalu berkata: Aku bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah melainkan Allah semata-mata, tiada sekutu bagi-Nya, dan bahawa Muhammad itu adalah hamba-Nya dan utusan-Nya. Wahai Allah! Limpahkanlah selawat kepadanya, berikanlah dia darjat al-Wasilah di sisiMu, dan jadikanlah kami antara orang yang mendapat syafaatNya pada hari kiamat, maka dia pasti mendapat syafaat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 721, hadis nombor 3683. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال ﷺ: من سمع النداء فقال: أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأن محمدا عبده ورسوله، اللهم صل عليه، وبلغه درجة الوسيلة عندك، واجعلنا في شفاعته يوم القيامة، وجبت له الشفاعة.
[طب، ((الضعيفة)) (6813)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mendengar seruan azan lalu berkata: Aku bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah melainkan Allah semata-mata, tiada sekutu bagi-Nya, dan bahawa Muhammad itu adalah hamba-Nya dan utusan-Nya. Wahai Allah! Limpahkanlah selawat kepadanya, berikanlah dia darjat al-Wasilah di sisiMu, dan jadikanlah kami antara orang yang mendapat syafaatNya pada hari kiamat, maka dia pasti mendapat syafaat.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6813].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.