Wahai Allah, jadikanlah dia menggeletar

TEKS BAHASA ARAB

اللهم اجعل به وزغا، فرجف مكانه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Allah, jadikanlah dia menggeletar. Maka dia pun terketar-ketar di tempatnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1922 hadis nombor 9649. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن هند ابن خديجة زوج النبي ﷺ رضي الله عنهما، قال: مر النبي ﷺ بالحكم أبي مروان بن الحكم فجعل يغمزه بإصبعه، فالتفت إليه النبي ﷺ فرآه، فقال: اللهم اجعل به وزغا. فرجف مكانه.
[البيهقي في ((دلائل النبوة))، ابن عبدالبر في ((الاستيعاب))، الخطابي في ((غريب الحديث))، ((الضعيفة)) (6373)]

(Lemah)
Hind anak kepada Khadijah, isteri kepada Nabi SAW berkata: Nabi SAW lalu di hadapan Hakam Abu Marwan. Lalu dia mula mengisyaratkan dengan jarinya. Lalu Nabi SAW berpaling kepada beliau dan melihatnya. Baginda bersabda: Wahai Allah, jadikanlah dia menggeletar. Maka dia pun terketar-ketar di tempatnya. Iaitu al-Hakam Abu Marwan Ibn al-Hakam.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah, Ibn Abd al-Barr dalam al-Istiʿab dan al-Khattabi dalam Gharib al-Hadith. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6373]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs