Wahai Allah, jadikanlah dia menggeletar

TEKS BAHASA ARAB

اللهم اجعل به وزغا. فرجف مكانه. يعني الحكم أبا مروان بن الحكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Allah, jadikanlah dia menggeletar. Maka dia pun terketar-ketar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1080, hadis nombor 5501. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن هند بن خديجة زوج النبي صلى الله عليه وسلم، قال: مر النبي صلى الله عليه وسلم بالحكم بن أبي مروان بن الحكم فجعل يغمزه بإصبعه فالتفت إليه النبي صلى الله عليه وسلم فرآه فقال: اللهم اجعلْ به وَزَغًَا. فَرَجَفَ مكانَه. [البيهقي قي دلائل النبوة، وابن عبد البر في الاستيعاب، والخطابي في غريب الحديث، الضعيفة (6373)]

(Lemah) Daripada Hind bin Khadijah, isteri Nabi SAW, beliau berkata: Nabi SAW melintasi al-Hakam bin Abi Marwan bin al-Hakam, dia menggunjing (mengejek) Nabi SAW dengan jarinya. Nabi SAW memandangnya lalu berkata: Wahai Allah, jadikanlah dia menggeletar. Maka dia pun terketar-ketar. [Riwayat al-Baihaqi dalam Dala’il al-Nubuwwah, Ibn ‘Abd al-Barr dalam al-Isti‘ab dan al-Khattabi dalam al-Gharib. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 6373]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs